Friday, November 20, 2026

Semakin Hari Semakin Subur

 Assalammualaikum wrt...

Hi korang...

SA x sangka seminggu SA tingalkan 3 pasu pokok ni kat level kayangan SA sejak boss SA business trip, hari ni SA pergi tinjau wah...bukan main subur ya kamu...mantap nihhh....SA x usik pun daun- daunnya risau plak nanti kalau- kalau mati kan...itupun hari tu ada yang mula layu dan mati...seronok erk diorang bertiga ni duduk tempat sejuk..tuannya x tahan sejuk so balik ke workstation level 8. Isnin nanti confirm la tuannya beku semula...hahaha...


Amanda Junior dah makin membesar dan subur..dah keluar pucuk- pucuk baru...itupun ada nak keluar lagi tu


Nampak x pucuk baru tu?


Ni Haidy Junior..eh..makin subur la awak ni..banyak kelopak baru..SA baru perasan


Ni kelopak baru..dan ada nak keluar lagi tu..



Elok gemuk si Haidy Jr ni...


Ni plak Dania Jr tinggal tu je..nampak macam hidup segan mati x mau...


Nampaknya Isnin nanti SA akan bersiaran dari  level Kayangan la...haih...x tau la apa nak jadi plak nanti ni...boss sampai KL awal pagi Ahad...x tau la Isnin boss masuk ke x...just tunggu je nanti...

Esok SA ada medical follow up kat KPJ...

Ngadap doc plak la...apa nak jadi la ngan result SA esok...


Segmen Kenapa Saya Ada Blog By Blogger Mulan...

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera semua!

Hari ini SA terpanggil untuk memeriahkan lagi dunia blogging dengan menyertai Segmen Kenapa Saya Ada Blog anjuran Blogger Mulan (Peace, Love & Harmony). Tahniah Kak Mulan atas ulang tahun blog yang ke-20! Bukan calang-calang tempoh tu, dua dekad setia berkongsi cerita dan mewarnai komuniti blog kita.

Cantik plak poster segmen ni ye...attractive!!

Korang kalau nak join boleh la klik banner..jom support Kak Mulan...


 

Kalau ditanya kenapa saya  ada blog sehingga ke hari ini, jawapan sebenarnya cukup ringkas tapi penuh makna bagi diri SA sendiri:

1. Diari Digital & Tempat Simpan Kenangan
Bagi SA, blog adalah tempat paling selamat untuk menyimpan memori. Dari cerita harian yang biasa-biasa, telatah keluarga, gelagat si bulus di rumah, sehinggalah ke momen jalan-jalan dan food hunting semuanya tersimpan kemas di sini. Bila baca balik entry lama yang bertahun-tahun lepas, automatik boleh tersenyum sendiri mengenang nostalgia.

2. Ruang Terapi & Luahan Rasa
Dalam kesibukan menguruskan hal kerja dan tanggungjawab harian, menulis di blog menjadi ruang untuk SA berehat seketika daripada rutin. Dapat menaip dan berkongsi cerita santai tanpa tekanan terasa seperti satu terapi minda yang sangat menenangkan.

3. Ukhuwah & Komuniti Blogger yang Positif 
Walaupun sekarang ramai yang sudah beralih ke platform media sosial yang lebih pantas, aura komuniti blogger tetap istimewa dan tak sama di tempat lain. Seronok bila dapat blogwalking, baca perkongsian rakan-rakan maya, dan saling bertukar komen. Dari alam maya, ramai yang dah jadi macam kawan baik sendiri walaupun tak pernah bersua muka...SA dah jumpa ramai blogger, Ako Retna, Sis Lin, SK,PH, Ammi, Ujie, Kak Zana, Mummy Ayu dan ramai lagi...looking forward nak jumpa Kak Mulan dan ramai lagi blogger...

4. Rekod Perkongsian & Rujukan Masa Depan 
Kadang-kadang perkara kecil yang kita tulis macam ulasan kedai makan sedap, tempat menarik, atau tips ringkas rupanya membantu orang lain yang sedang mencari maklumat. Seronok bila tahu tulisan kita memberi manfaat kepada pembaca.

Buat Kak Mulan, selamat menyambut ulang tahun blog Peace, Love & Harmony yang ke-20! Dua dekad bukan tempoh yang singkat banyak suka duka, kenangan, dan cerita yang dah terakam kemas di sini. Terima kasih kerana sentiasa menjadi inspirasi dalam dunia blogging dan sentiasa menyebarkan aura positif kepada kawan-kawan blogger yang lain. SA doakan Kak Mulan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan terus aktif berkongsi cerita di alam maya. 

Happy 20th Blogiversary, Kak Mulan!

Terima kasih sekali lagi kepada Kak Mulan kerana menganjurkan segmen yang menggamit nostalgia dan merapatkan lagi hubungan sesama blogger. 

Jom kawan-kawan yang lain, kita meriahkan segmen ni ramai-ramai!

Buat Kerja Gila, Sarapan Di Kluang Railway Coffee

Assalamualaikum wrt..

Semalam SA dan suami cuti..buat kerja gila lagi kami ni...selamba ke Kluang sarapan pagi di Kluang Railway Coffee..highway jalan clear je kecuali lepas Pagoh...banyak lori...but we managed sampai Kluang Railway Coffee dalam pukul 8.30 pagi...orang pun tak ramai dan x perlu pun beratur lama macam sebelum- sebelum ni...

SA ngan suami memang suka buat trip mengejut dan buat kerja gila ni...next x tau la mana kami nak pi lagi berdua...rasa macam nak pi Kuantan tapi ikut Karak Highway..suka tengok Ezna dan PH baru- baru ni...SA nak explore tempat makan best kat area situ plak...macam best kan?



Bini cuti dia pun nak cuti...x leh la bini tu cuti nak duduk rumah sorang- sorang




Kiri kana kabus masih tebal masa ni...


Yeay dah sampai


Order cepat


Masa ni x berapa ramai...lepas2 tu ramai..semua kaum ada


Haaaa.....belek-belek..bukan beli pun


Kalau jadi member dapat la point kalau beli product..


Nasi lemak RM2, amik 4 bungkus


Sedap...sambal pedas-pedas manis pekat..macam mana la diorang buat sambal macam ni..sedap betul


Nes O panas, kopi panas


Bun Kaya


Bun sambal


telur 1/2 masak


Total damage makan berdua


Lepas settled sarapan...kami berdua pusing- pusing bandar dan nak masuk UK Farm Agro Resort, saje la nak explore dan cari content..ingatkan best la kat situ...ladang memang besar beratus-ratus ekar...tapi tu la..nak masuk tiket mahal dan x berbaloi..kami explore kat luar2 tu je la..ada la gambar sikit SA amik...nanti la kalau rajin SA update kat blog...

Jumpa lagi next entry...


CSR Program ~Collect Shirt

Assalamualaikum wrt..

Hi korang

SA pagi2 dh busy bukak kedai untuk staff amik baju untuk program CSR next week...dalam pada bz tu SA kelam kabut sebab boss kat Jepun duk text mintak info macam-macam..dh jadi super busy dh ha....

Start pukul 10 tadi ramai serbu meeting room..cepat la collect ha...kitorang ni ada banyak kerja lain..SA ni mana bolrh kalau big boss dh text...mesti nak kena focus on him instead of kerja-kerja lain...






 

Dia sesekali datang macam.kena serbu...bila dh slow lama plak nak kena tunggu..

So dh dapat T-Shirt...kita jumpa nanti event CSR next week...yg x register minta maaf, xde t-shirt dan kalau nak join kena la bayar tiket zoo sendiri nanti...kalau nak join la...kalau x mmg x boleh la join...

Bukan senang nak jadi committee ni..SA ni sebenarnya x nak dh jadi committee tapi tu la memang x cukup orang..staff genz ni memang x nak jadi committee...

Thursday, November 19, 2026

Lauk Bahaya Ni...

Assalamualaikum wrt..

Balik dari dating berdua ngan suami sampai rumah dalam pukul 5 lebih...sampai aje rehat la dulu..penat buat kerja gila..dari Seremban -Kluang - Ayer Hitam - Yong Peng - Muar - Seremban..hahaha..buat hal betul..orang amik cuti rehat kat rumah..kami berdua pi berjalan...

Balik rumah baru je duduk PZ dh tanya nak masak apa..dia nak masak MLCA, SA x nak..muak la nak makan MLCA selalu...lepas tu SA teringat ada kobis Beijing sebiji dalam fridge..SA tanya suami..makan kobis masak lemak putih x?dia kata makan!!...SA terus masak...lepas tu kalau masak lemak putih lawannya mesti ikan goreng berlada kan? SA goreng ikan sardin dan ikan pelaling buat goreng berlada...PZ ada buat telur dadar...cukup la tu kan...


Kobis Beijing masak lemak putih


Ikan sardin dan ikan pelaling goreng berlada


Sedap makan!!!

Settled...SA ingat x laku...ehhh...orang yang x makan sayur tu kan...dia yang makan bertambah ye...laju aje dia ceduk lauk kobis tu...kata x makan sayur..

SA cakap la..next nak buat sayur tauge masak lemak putih...dia kata sorry x makan toge...toge tu kalau makan memang x hadam...ehhh..pepandai aje...tauge la sedap..campur tauhu putih tu kan....goreng ikan masin ke..ayam goreng ke...perghhhhhh.....dapnya....

Lantak la...SA nak buat gak...

Tak nak makan sudah....


Resepi Sambal Belacan Style SA

 Assalamualaikum wrt...

Hi korang...

SA cuti hari ni...saje amik cuti dating ngan Encik Suami...kami sarapan berdua kat Kluang Railway Coffee..muahahaha...suka sangat buat kerja gila...tapi x cukup gila lagi...nanti SA share story ye..

Ni hari ni SA nak share ngan korang cara-cara buat sambal belacan style SA..tp kali ni SA guna air asam jawa walau ada letak limau kasturi gak..

Sambal belacan ni la yang SA bagi kat Ammi awal bulan lepas dan bagi pada PH baru ni...



Titipan buat PH


Resepi Sambal Belacan Style SA

Bahan-bahan:

3 batang cili merah besar

2 biji limau kasturi belah 2 buang bijinya

10 batang cili padi hijau

10 batang cili padi merah

Belacan secukupnya

Asam jawa

½ gelas air suam

1 sudu besar gula

Suku sudu besar garam kasar

Sedikit serbuk perasa (pilihan)


Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan (Kisar):

1. Bakar belacan seketika sehingga naik bau, tetapi jangan sampai hangus.

2. Bancuh asam jawa dengan ½ gelas air suam, ramas dan tapis.

3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.termasuk 2 biji limau kasturi

4. Kisar sehingga halus atau mengikut tekstur yang disukai.

5. Periksa rasa dan sesuaikan gula, garam atau air asam jawa jika perlu.

6. Sambal sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng atau ulam-ulaman.


P/S Kalau tumbuk guna lesung batu lagi best rasanya..dah tumbuk lumat campurkan dengan jus asam jawa atau perah limas kasturi..perasakan..dh siap!!


TIP SAMBAL BELACAN LEBIH BERAROMA

1. Bakar belacan terlebih dahulu. Cara ini membantu menyerlahkan aroma belacan dan menjadikan sambal lebih menyelerakan.

2. Gunakan air asam jawa suam. Air suam memudahkan pati asam jawa dikeluarkan dan membantu mengimbangi rasa pedas, masam serta masin.

Jika ada lebihan sambal, simpan dalam bekas bersih bertutup di dalam peti sejuk secepat mungkin. Kebersihan peralatan dan cara penyimpanan yang betul penting untuk menjaga kualiti sambal.


Selamat mencuba!


Wednesday, November 18, 2026

Lunch Ayam RM1.80 TCRS NuSentral

Assalamualaikum wrt...

Hari ni SA dan colleague keluar lunch di The Chicken Rice Shop (TCRS), Nu Sentral. Macam biasa, kalau dah masuk sini memang kami order menu yang sama dan biasa dimakan je masing-masing dah pilih set yang memang dah lengkap dengan ayam.

Tengah tunggu makanan sampai, entah macam mana colleague SA ni tergerak hati pergi download aplikasi Sedapz dekat Play Store. Sekali tengok, ada promo ayam TCRS berharga RM1.80! Apa lagi, terus dia claim dan add on seketul lagi ayam RM1.80 tu untuk pesanan kami.

Bila makanan sampai atas meja, baru masing-masing terkebil-kebil tengok. Hidangan asal kami pun memang dah ada ayam, ditambah pula dengan ayam promo RM1.80 tadi memang jadi terlebih ayam lah ceritanya!





Air putih dan ais kosong  pilihan kami..



Tauge is a must sebab sedap!!


SA pilih steam chicken



Nampak? jenuh makan protein hari ni..


Promo ayam RM1.80


Dia ni la mastermindnya...si Ela...

 

Nak tak nak, sebab tak nak membazir, kami berdua gagahkan juga diri untuk habiskan semuanya. Sudahnya, masing-masing tersandar kekenyangan. Senak perut dibuatnya, mengah nak berjalan balik ke pejabat lepas makan tadi!

Walaupun mengah terlebih protein hari ni, kira berbaloi jugalah dapat merasa promo RM1.80 dari Sedapz tu. Korang yang suka makan di TCRS, boleh lah cuba download aplikasi Sedapz ni mana tahu ada rezeki dapat promo murah macam ni juga!

Korang tau tak sesetengah restaurant buat promo RM1.80 untuk sesetengah menu setiap 18hb every month? Patutlah seronok kawan SA download apps tu tadi. Korang yang suka makan di TCRS, boleh lah cuba download aplikasi Sedapz ni mana tahu ada rezeki dapat promo murah macam ni juga!

Promo ayam RM1.80 ni berbaloi tau..banyak dan besar portionnya...sempat lagi kalau korang nak claim harga promo ni..pi TCRS berdekatan dengan korang cepat!!!

Dinner Di KNLC Kitchen & Patisserie Lavender Height

Assalamualaikum wrt...

Sebelum hantar Kupang kat adik- adik kami singgah dulu kat KNLC Kitchen & Patisserie Lavender Height ni..cadangnya nak tunggu Dania lepak sini nanti..tapi dh x tau mana nak lepak makanya singgah sini la..hujan plak..suami cakap kalau makan steak sedap gak ni...macam la dia makan steak..sabar aje la...penggemar steak adalah SA, bukan suami..

KNLC Kitchen & Patisserie adalah sebuah kafe serta restoran popular yang terletak di Lavender Heights, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Premis ini terkenal dengan pelbagai pilihan makanan utama, minuman, serta pencuci mulut (dessert) dan pastri yang digemari ramai..lalu lalang je cafe ni kat Tik Tok..so kita terjah la..sekarang ni hype cafe banyak kat mana- mana..x dapat nak follow trend..hari ni pi cafe sini esok lusa buka lagi banyak cafe...macam cendawan tumbuh lepas hujan kan...

Jom tengok gambar...


Goyang plak gambar..hujan renyai masa ni...


Buku menu


Apa yang seronok tu?


Muka penat lepas lama dalam jammed dari Muar ke Seremban


Deco cafe ni simple je..dan selesa la..x crowded sangat..


Kaunter air, cashier dan kaunter cake & pastries


Selfie berdua..

jom tengok cakes, desserts dan pastries diorang


Berry Pavlova, passion fruits dan macam- macam lagi...




Ada soft cookies gak


Eh serius plak muka dia..suami pilih air lychee dan SA pilih apple juice...



Apple juice sodap...


Chicken grilled suami punya...sedap..blackpepper sauce pun best


Close up skit


Jemput makan


SA pilih Aglio Olio Seafood


2 ekor udang dan seketul mussel je...boleh laaa....


Total damage

Secara keseluruhan, memang berbaloi singgah di KNLC Kitchen & Patisserie ni. Makanan sedap, suasana pun tenang, dan yang penting dapat berteduh sambil layan kopi sementara tunggu hujan reda. Korang kalau lalu area Lavender Heights, boleh la cuba singgah. Blogger Seremban dah pernah sampai sini ke?

Kadang-kadang plan yang tak dirancang macam ni la yang paling seronok. Dapat makan sedap, lepak santai berdua dalam cuaca hujan sejuk-sejuk cukup untuk hilangkan penat hadap jammed dari Muar masa tu. Insya-Allah ada rezeki dan masa, kita singgah lagi untuk cuba dessert diorang yang mengancam tu pula..Dengan suasana yang selesa dan servis yang baik, total RM75.50 untuk makan berdua ni kira berpatutan lah. Cuma satu je next time kalau datang lagi, memang wajib cuba steak diorang pula (yang pasti untuk SA la, bukan suami!). Next time boleh ajak Dania lepak sini..plan awal hari tu nak makan ngan dia..Mama ngan Uncle plak rasmikan dulu..eh anak buah SA si Kakak Intan kerja sini tau...tapi bila tanya staff, dia x kenal plak nama Intan...shift siang kot...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah