Assalamualaikum...
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), semalam. Allahyarham Tun , meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami sesak nafas.
Jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka dibawa keluar dari kediamannya di Tasik Perdana, di sini, pada jam 8.30 pagi untuk disolatkan di Masjid Negara.
Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Al-Fatihah.
innalillah wainna ilaihi rajiun
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi rooji'un.
ReplyDeleteMoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
innalillahi wa inna ilaihi rooji'un... moga rohnya ditempat bersama org2 beriman & soleh solehah aminnnn
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiunn...bila tengok video KJ sebak menangis masa talkin tu kita ni yakinlah PakLah ni bapa mertua yg baik
ReplyDeleteMoga roh beliau dicucuri rahmatNYA.
ReplyDeleteAl fatihah
ReplyDelete