Assalamualaikum...
Sebenarnya selain baja tanaman yang di jual di kedai- kedai atau di nursery, ada je baja yang kita boleh buat sendiri menggunakan bahan- bahan semulajadi...cara di bawah ni dah biasa PZ gunakan untuk baja pokok cili..PZ tau dari Pak Lang yang sememangnya bercucuk tanam di kampung...selain menggunakan kulit bawang..PZ juga menggunakan air basuhan ikan dan ayam..air basuhan tu mengandungi baja dan khasiat yang bagus untuk tanaman PZ di mini kebun dia depan rumah...segar bugar pokok cili dan buah- buahnya besar- besar serta gemuk- gemuk...cuma kalau guna air basuhan ikan or ayam tu akan ada bau sikit la..tapi x lama...kalau musim lalat PZ gunakan kaedah lain....
kredit kepada empunya petua
Caranya:
1. Ambil kulit bawang merah yang nipis (kulit luar)
2. Rendam dalam air semalaman.
3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman. Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.
3 kelebihannya:
1. Pokok akan menjadi lebih subur.
2. Menggalakkn pertumbuhan pucuk baru.
3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Sumber: Petua ibu
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Adik saya tanam nenas dalam pasu diletaknya bawang sebiji dlm tanah...elok membesar nenas dia...
ReplyDeleteIbu rajin wat mcm ni, Ayu .. selalu dah terbuang, baru alaa..lupa nak simpan.. he he he...
ReplyDeleteOoo.. Kulit bawang pun baik untuk baja ye. Ingatkan kulit telur sahaja.
ReplyDeleteSetiap kali kupas bawang mesti teringat yang nie...tp tulah..kita takde pokok nak di baja kan...hihihi
ReplyDeleteBagus juga kan boleh guna kaedah semulajadi macam ni tanpa chemical. Pernah baca juga tapi tak pernah buat. Kulit telur pun boleh. Ada juga yang buat baja kompos dari sisa makanan.
ReplyDeleteKakak Cie selalu jugak guna baja kulit bawang ni.
ReplyDeletenanti nak try lah, kolin tak pernah try lagi
ReplyDeleteWahh boleh try nanti
ReplyDeleteRajin nya... Kalau time raya sekali kupas byk cenggitu mmg ok.. kalau sehari satu bawang je nk kupas susah juga hihii
ReplyDeleteOhh thanks for sharing SA. Selalu buang je.
ReplyDelete