Tuesday, April 22, 2025

Buah Durian Belanda Sulung Kami

Assalamualaikum...

Sekali 3 dia berbuah...saix buah lebih kurang je..ni cubaan kami anam kali ke 3 ye..2 batang pokok durian belanda sebelum ni x berbuah langsung...ganti kali ke 3 baru dia berbuah dan amik masa 2 tahun rasanya ni...jenuh PZ baja dan siram selalu...

Gambar ni kurang jelas sebab masa ni tengah hujan gerimis..cuaca sendu je masa ni...





 

Tak sabar nak tunggu buah matang dan masak...SA adalah penggemar buah Durian Belanda...sedap dimakan begitu sahaja dan dibuat jus..PZ cakap zaman dulu- dulu orang tua- tua buat goreng...macam goreng buah sukun , keladi or keledek tu...Sa x pernah la rasa aih...makan buah belanda yang dah masak selalu la...x pun buat jus...

Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika, Caribbean dan Afrika. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika era penjajahan Barat. Buah yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri. Ia telah ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman. 

Buah ini dikatakan berasal dari kumpulan Annona muricata. Ia mempunyai gen yang sama seperti cherimoya dan dari keluarga buah Annonaceae. Keunikan buah ini bukan sahaja pada bentuknya, tetapi ia turut digambarkan sebagai buah yang unik berikutan rasanya yang dikatakan adalah dari gabungan buah strawberi dan epal bersama rasa masam-masam manis, yang berlawanan sekali dengan teksturnya yang berkrim.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh buah durian belanda ini termasuk mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. 

5 comments:

  1. daun nya pun ada khasiat tersendiri kalau tak silap kak ana, Alhamdulillah dah nampak hasil selepas 2 kali percubaan PZ.. semoga terus membesar dengan jayanya dan di rezekikanNya SA sekeluarga menikmatinya kelak, aamiin ..

    ReplyDelete
  2. wah..sedap ni. sekarang susah nak jumpa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya jus durian belanda. Susah nak jumpa. Yang kordial ada la.

    ReplyDelete
  4. Jus durian belanda dipercayai boleh mengelakkan penyakit cancer.

    ReplyDelete
  5. I like too. Masam-masam manis, aaa sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......