Assalamualaikum..
Balik kerja semalam SA lalu area orang jual lemang..nampak lemang daun lerek..eh..tetiba teringin sebab SA kan x beraya...x rasa makanan raya sangat...makan sikit2 je...so semalam SA suruh suami beli sebatang, suruh Nia panaskan daging dendeng...makan sekali masa Dania berbuka semalam...sedapnyaaaaa....cumanya dendeng tu pedas plak...aish..dh x boleh makan pedas ke apa SA ni...
Kat mana beli lemang daun lerek? kat area Ampangan ke Jalan Pantai tu...ada satu stall tu jual..bertahun dah diaorang meniaga kat situ.
Biasa orang buat lemang dengan daun pisang kan..kali ni dengan daun lerek..apa daun lerek tu?
Lemang daun lerek adalah sejenis makanan tradisional yang berasal dari kawasan Nusantara, terutama Malaysia dan Indonesia. Lemang biasanya dibuat daripada beras pulut yang dimasak dalam batang buluh bersama santan. Yang membezakan lemang daun lerek dengan lemang biasa ialah penggunaannya daun lerek (juga dikenali sebagai daun simpor atau daun mengkuang hutan, bergantung kepada kawasan) sebagai lapisan dalam buluh.
Daun lerek digunakan untuk menggantikan daun pisang, dan ia memberi aroma yang lebih wangi serta rasa yang unik pada lemang. Daun ini juga tidak mudah koyak dan tahan panas, menjadikannya sangat sesuai untuk memasak lemang.
Makanan ni selalunya popular masa musim perayaan seperti Hari Raya, dan sering dimakan bersama rendang atau serunding..
Aci lah erk..tanya ChatGPT, malas nak cari info...😂😂😂
Ni rupa paras lemang daun lerek...SA pernah beli dulu masa arwah MP ada lagi...
Daging dendeng yang SA beli kat kawan office..ada sebekas lagi..suruh Nia panaskan aje...
Nia buat nasi goreng, mentang- mentang mama baru beli ikan bilis...selambak ikan bilis dia letak
kasi up dengan keropok ikan dan telur mata...aih...laju la menambah...
Hari ni x tau la nak berbuka apa...masak singang dia sampai ke sudah x buat...esok la kot...kena cari ikan tenggiri..dia nak ikan tenggiri dari hari tu...tadi PZ dah call SA...dia nak beli ayam kampung plak...hurm..ikut dia la aih...masak apa pun ok untuk berbuka hari ni...SA tumpang sekaki je...
baru nieyl baca psl lemak daun lerek ni..
ReplyDeletedia ckp psl kalau ikut tahap kebersihan, daun lerek ni lebih lagi sebab dia boleh cuci , berbanding daun pisang...tapi susah nak jumpa lemak daun lerek ni dkt tempat nieyl..banyaknya daun pisang...
Pernah makan lemang daun lerek, rasa dia sama aje cuma mudah nak keluarkan lemangnya, tarik aje tangkai daun tu.
ReplyDeleteAduh sedap lemang daun lerek... Sini nak dpt bukan main susah lagi.. Org kg biasa la makan.. org bandar tak tahu suka ke idok lemang daun lerek ni.
ReplyDeletesedapnya...lemang makan dgn rendang dendeng...krup krap ikan bilis rangup..
ReplyDeleteRasanya daun lerek ni kalau di Borneo dibuat untuk bungkus kelupis.
ReplyDeletesedapnya lemang. kita tak kisah lemang apapun, daun lerek atau daun pisang, kita makan ja. regu dgn rendang, serunding atau dendeng.
ReplyDeleteDekat Greenwood ni ada org jual lemang daun lerek, sepanjang tahun. Tapi musim Raya ni, sesak jugalah bila nak lalu situ. Ramai singgah beli lemangnya. Tp personal preference PH lagi suka lemang daun pisang sbb tak brp suka bau daun lerek tu.
ReplyDeletesekarang memang popular dengan lemang daun lerek
ReplyDeletealah akak ni letak gambar nasi goreng dengan bilis goreng bagai.... dah terliur dahhh.. Lemang daun lerek tu kat pahang biasa aje.. takde apa yang istimewa pun nak banding dengan lemang daun pisang. cuma takyah belah buluh la... tarik je tangkai daun tu. tapi apa jenis buluh pun saya memang tinggal nak makan aje
ReplyDeleteDaun lerek pun tak pernah jumpa....rasanya macam mana?. Sama ke macam lemang biasa?
ReplyDeleteTahun ni tak membakar lemang, beli je. Dapatlah merasa lemang di pagi raya.
ReplyDeleteTulah nampak bertahun dah kat situ tapi tak pernah beli lagi. Nanti boleh cuba kot teringin nak rasa lemang daun lerek. Tak pernah makan lagi. Kalau pedas sangat memang tak boleh nak meneruskan makan. Menangis nanti berperang dengan pedas. Dia tak boleh ada keropok, bertambah laju makan dibuatnya. Sedap sangat makan dengan keropok ikan.
ReplyDeletesodapnya lemang daun lerek dicicah dgn rendang daging. Cuma thn ni x beli lemang. Makan kat rumah bapa sedara aje.
ReplyDeleteBiasa dengar tapi tak pernah jumpa lagi.
ReplyDelete