Friday, April 18, 2025

Beli Makanan Untuk Lunch & Bantu Seorang Makcik Yang Kelaparan

Assalamualaikum..

Hi korang...

Tadi SA pi NuSentral...hari ni masih x bawak bekal..semalam PZ masak x banyak...so xde left over food...so SA dan Kak Nani ke NuSentral tapau  makanan di Sam Grocery, mujur kat situ ada jual nasi campur pelbagai lauk...usai tapau kami pun gerak balik office, singgah kejap kag Yamazaki Bakery. 

Tiba-tiba sorang makcik ni nampak takut2 pegang lengan SA..dia tanya ada x rotiharga RM2, SA ckp xde roti harga RM2 makcik..semua macam lebih RM3..ooo makcik ada RM2 je..Makcik lapar...dia menggeletar so SA ckp xpe saya belikan Makcik Roti..usai bayar harga roti, SA bagi kat Makcik tu dan selitkan RM5 kat tangan dia..SA pesan ambil duit ni kalau nak beli air..Makcik dari mana dan buat apa kat sini..katanya dari Taiping tunggu anak ambil, baru sampai pagi tadi dengan keretapi pukul 7 pagi, anak dia masih x sampai-sampai...duit syiling RM2 tu dia bagi kat SA..SA cakap xpe..saya sedekah..

Lepas tu SA gerak balik opis..


Tu Makcik tu...tudung biru...


 Donut dan roti SA belikan dia...

SA citer kat adik2 SA..

Sorang cakap sindiket, sorang kata takut dia pukau..SA x rasa la dia berniat jahat...memang dia kelaparan sebab gigil...dalam ramai-ramai tu dia yakin tegur SA yg sedang pilih roti..bukan SA sorang ada kat situ kan..Insha'Allah  kalau niat kita baik membantu pasti xde apa-apa  berlaku...dia siap nak bagi duit yg dia ada td..SA tolak sebab dia hanya ada duit tu aje. 

Semoga allah lindung makcik tu..dan anaknya cepat sampai...andai sebaliknya dia scammer dan ambil kesempata...itu antara dia dan tuhan la..SA dah jalankan tanggungjawab SA...

SA balik office terus makan je...apa SA beli?

 

Nasi 1/2

Ayam masak bali..

Sayur kacang panjang, carrot dan udang..

Takde sayur lain plak.. sampai opis tengok yg panjang2 tu rupanya cili..hahahah...nasib ada carrot dan sikit kacang panjang tu...Alhamdulillah  kenyang...

12 comments:

  1. Takpe, rezeki makcik tu. Dalam rezeki kita mesti ad rezeki orang lain kan

    ReplyDelete
  2. Itulah kan kadang jadi berbelah bagi juga nak tlg orang sbb macam² skrg ni kan... Harap² makcik tu baik² saja

    ReplyDelete
  3. betul...ayu pun pernah terkena bukan main la kesian, sekali tgk..dia gi keta belakang plak
    so..antara dia ngan tuhan la kan..

    ReplyDelete
  4. Macam2 sekarang scammer kan. Takpe kak anggap jela sedekah. Lagipun dia mintak makan. Kalau mintak duit tu kita risau jugak. Semoga dipermudahkan urusan makcik tu.

    ReplyDelete
  5. Risau juga kadang nak bantu orang ni. Dipukau tu yang risau. Kalau niat kita baik, inshaAllah Allah jaga kita. Dia tipu ke apa, itu antara dia dengan Allah. Semoga Allah permudah urusan makcik ni dan membalas kebaikan akak dengan segala kebaikan. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Sedap lauk pilihan. Semoga makcik tu pun baik² aje.

    ReplyDelete
  7. Biasanya kalau scammer, dia akan mintak cash..alasan nak balik kg or nak beli tiket etc

    ReplyDelete
  8. Doa yang baik² je.. Kalau sindiket, entah berapa banyak dia boleh dapat setiap hari. Nak² orang Malaysia ni memang pemurah.

    ReplyDelete
  9. Kalau mintak makanan dia betul2 lapar kot dan tak ada duit. Doa yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. Rezeki makcik tu la nak approach SA. Kot dia approach orang lain dia mungkin tak dapat roti. SA dah dapat dapat dah pahala bahagian SA....takut2 anak dia je tak muncul2 sampai ke sudah. Kesian kan?.

    ReplyDelete
  11. tu lah kdg mmg terfikir nak pukau ke ape tp takpe SA dah tlg, selebihnya antara dia & Allah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......