Sunday, March 2, 2025

Ulangkaji Bab Puasa

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua...first day puasa hari ni ..semua ok berjalan lancar..anak buah kecik pun dh belajar puasa dh...so untuk hari ini..jom kita ulangkaji bab puasa...saje nak refresh semula kan..




ULANGKAJI BAB PUASA


Syarat Wajib Puasa:-

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Sihat

5. Bermukim (Tidak Musafir)

6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)


Syarat Sah Puasa:-

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz

3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

4. Nyata masuknya bulan Ramadan


Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa

2. Berniat

3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa:-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari


Perkara Sunat Ketika Puasa:-

1. Segera Berbuka Puasa

2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis

3. Baca Doa

4. Melambatkan Bersahur

5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan

6. Sentiasa Bersedekah

7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat

8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh


Makruh Ketika Puasa:-

1. Bersuntik

2. Berbekam

3. Berkumur-Kumur

4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan

5. Mandi Yang Berlebihan

6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa:-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh

2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)

3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa

5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

6. Orang Yang Pitam/Mabuk 

7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-


1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya: 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Ditinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Diqada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Dikenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya: Dibuat Oleh Kerabat Si Mati/Diambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Ditinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya


Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadan:-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti:-


1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin


Walau Bagaimanapun jika Persetubuhan Itu Dilakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/DiPaksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat


Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum- Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus- Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus- Merangkumi puasa Di Atas Dan Disempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin


Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa:-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: *Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala.*


Semoga Allah pilih kita menjadi hambaNya yang taat melaksanakan segala perintahNyan dan menjauhi segala laranganNya...


4 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah