Assalamualaikum...
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, ampunan, dan keberkatan. terdapat satu peristiwa yang sangat bermakna berlaku pada bulan Ramadan bagi umat Islam, iaitu Nuzul Quran.
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
Secara teknikalnya Nuzul Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Penurunan Al Quran
Berbeza dengan kitab-kitab suci sebelum ini seperti Taurat, Zabur, dan Injil, Quran tidak diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu kitab yang lengkap pada satu-satu masa. Ia diturunkan secara berperingkat.
Nuzul Quran adalah peristiwa mengingati di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Peristiwa bermakna tersebut berlaku di gua Hira pada 17 Ramadan.
Nabi SAW pertama kali bertemu dengan Jibril a.s. di Jabal Nur (Gunung Cahaya) dalam gua Hira. Di sana, malaikat itu meminta Nabi s.a.w. untuk membaca, dan dengan itu mendedahkan lima ayat pertama Surah Al-’Alaq.
Bagi menghargai kebesaran peristiwa ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut Nuzul Quran dengan penuh penghayatan dan rasa cinta kepada Al Quran.
terpima kasih atas perkongsian, selamat menyambut nuzul quran kak SA
ReplyDeleteSalam 17 ramadan
ReplyDeleteSalam Nuzul Quran..
ReplyDeletesalam nuzul quran utk SA
ReplyDelete