Assalamualaikum...
Hai korang..
Selamat hari Isnin..selamat bekerja pada yang sedang bekerja...SA baru ni beli kuah kacang ready made...SA x pandai sangat buat kuah kacang...tapi ada la rasa nak cuba buat nanti..kuah kacang yang SA beli tu 1kg je..takut tak cukup plak nanti..Kuah kacang ni sebenarnya banyak version kan...Kuah kacang ialah hidangan sampingan yang dicicah atau dimakan bersama ketupat, nasi himpit, lontong basah, lontong kering dan sate. Makanan ini berasal daripada Malaysia dan juga makanan warisan Melayu Johor.
Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan. Kuah kacang ini boleh dihidangkan bersama satay dan sedap dimakan bersama nasi himpit atau juga bersama kuah lontong. Di hari Lebaran, kuah kacang menjadi pelengkap kepada nasi impit dan lemang. Kalau di sebelah utara, adalah sesuatu kebiasaan kuah kacang dihidang bersama cucur udang..
Sedapnya cucur udang cicah dengan kuah kacang..hidangkan untuk tetamu masa raya nanti pun elok kan...
Jom tengok resepi Kuah kacang
RESEPI KUAH KACANG SEDAP 😋👍
Kuah kacang simple
Blend
3 btg serai
2 inchi halia
2 biji bawang merah(besar)
Segenggam cili kering
Tumis sampai pecah minyak
Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)
Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau x pekat.. tambah lagi..
Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis
Pecah minyak sekali lg..
Siapppppp
Nasi impit rebus sebelum tido lagi senang.. kuah kacang buat awal x apa.. makin lama panas kan makin sedap .
Ada suka masuk udang kering dan belacan.. terpulang..
Kalau kuah pekat sangat masukkan air lagi..
selamat mencuba
Sumber : Intan Baiduri
kita suka kuah kacang yg kacang nya tk di kisar halus...kira ada yg kasar2 skit
ReplyDeletetq SA, share resepi!
ReplyDeletelinda memang fav kuah kacang nie...hihihi...
ReplyDeletekuah kacang mmg sedap mkn dgn lontong, nasi impit & tambah pulak cucur udang! boleh hidang menu raya dah nti ni SA! hehehe
ReplyDeleteArwah tok letak tulang ayam dan isi ayam sikit2 dalam kuah kacang.
ReplyDeleteMakan ngan cucur udang pun sedap ni
ReplyDeleteTq sis..share resepi
ReplyDeletesedapnya!!! MZ kalau utk mkn sendiri, MZ beli yg dlm tin tu jer (brand adabi), kena dgn tekak MZ
ReplyDeleteNampak sedap ni.
ReplyDeletelama tak buat kuah kacang sendiri..
ReplyDelete