Thursday, March 6, 2025

Resepi Ikan Masak Pindang Kedah

Assalamualaikum...

Tengah relaks-relaks sambi scroll mencari menu nak masak berbuka untuk puasa hari ni..SA ternampak resepi ni...ikan kembung pun banyak dalam fridge...rasa nak buat tapi bahan plak xde...kita copy dulu la resepi ni..weekend boleh buat kot...

Menurut yang empunya resepi, ini resepi orang Kedah...betul ke? Ramai orang Kedah kat sini kan...




Jom tengok resepi...masak pindang ni senang aje buat kan...
 

RESEPI PINDANG IKAN KEDAH


BAHAN KISAR halus

1 biji bawang besar

6 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih


Sediakan 

Cili mesin 2 sudu besar

Serai 2 batang diketuk

Lengkuas dihiris nipis 2 keping

Daun kesom 2 tangkai@ bunga kantan

Atau boleh dicampur kedua duanya

Asam keping 4


Garam 1/2 sudu kecil

Gula 2 sudu kecil

Ajinomoto  sikit

1 cubit garam

Air 5 gelas

Belacan sikit


Ikan kembung 5 ekor disiang dan kelar satu hiris sahaja( saya kelar dibahagian tepi supaya ikan nampak cantik)


Cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI IKAN .

Masukkan air

Didihkan lama.biarkan  20 minit supaya semua pati bahan bahan keluar dan sebati.guna api sederhana sahaja.


Masukkan ikan

Jika nak masukkan kacang bendi@ nenas@ tomato masukkan sekali.

Jika sayur dah sedikit layu…maka dah masak…boleh angkat dan dihidangkan.


credit resepi dan gambar : Owner resepi



12 comments:

  1. Kami panggil lauk ni asam rebus.
    Sedapnya kalau dapat hirup kuah dia tu...

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni boleh masak menu berbuka nanti. Cie suka masakan camni. Anak2 tak suka.

    ReplyDelete
  3. Makan dengan nasi panas2 sedap ni :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tapi kami panggil masak asam je rasanya. Lupa lah. Sebab tak tumis,

    ReplyDelete
  5. lauk ni kena makan nasi kuah banjir

    ReplyDelete
  6. Saya kalo ikan suka, tp dimasak kuah agak kuraaaang sikit 😄. Kecuali ikan tertentu seperti pari , jenahak, baru suka dimasak kuah itupun kari atau yg pekat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah