Assalamualaikum...
Semalam SA dan suami sampai rumah dalam pukul 7pm...masih ada 20 minit lagi masa nak berbuka..SA cadang nak buat sambal sardin...tapi x cukup masa...pas tu PZ suruh tengok kat dapur dia masak apa..erm...MLCA lagi...kali ni kepala ikan tenggiri campur pucuk ubi...nasib baik suami ada boleh makan nasi beriani dapat dari iftar pack tu..kalau tak..xde siapa makan..bukan apa..PZ pun x makan nasi beriani...nanti dia pening...
Hari ni x tau la PZ masak apa...dia pun dah xde idea nak masak apa...
MLCA Ikan tenggiri campur pucuk ubi
Dendeng Daging SA beli dari kawan office..1/2kg RM30, SA ada order lagi untuk raya 1kg...sedap...cukup rasa dan cukup pedas..
Sayur campur2...PZ selagi ada je saki baki dalam fridge dia masak aje..
Telur dadar campur tomato slices
Nasi beriani ayam dari iftar pack
Kuih muih
Bubur lambuk...
Alhamdulillah rezeki semalam...
Hari ni dah 20 Ramadhan...10 malam terakhir... Jom kita gandakan amalan demi mendapatkan ganjaran pahala yang berganda khususnya sewaktu malam ‘1000’ bulan...Ya Allah, izinkanlah kami merasai nikmat dan keberkatan yang ada pada 10 Ramadan terakhir dan hadiah istimewa daripadaMu, iaitu malam Lailatuqadar
Apakah Lailatul Qadar?
Malam lailatul qadar yang dikenal sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan.
Amalan doa malam lailatul qadar merupakan salah satu ibadah sunnah yang dibaca umat Muslim untuk meraih keutamaan bulan Ramadhan, khususnya malam lailatul qadar.
MZ penggemar nasi biryani
ReplyDeleteMLCA PZ tak pernah tak menggiurkan.
ReplyDeleteRasa nak hulur mangkuk kosong 😁
Sedap lauk pauknya...
ReplyDeleteSedap-sedap lauknya..
ReplyDeletedendeng tu fuhhhhhh mkn dgn nasi panas-panas dah cukup taknak lauk lain hehehe
ReplyDeletealhamdulillah PZ dah siap masak untuk anak menantunya.. sedap lak tu SA :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, kita yg suka mlca ni terliur tau.
ReplyDeleteSedapnya daging tu. Makan dengan pulut sedap tu.
ReplyDeleteDendeng daging tu nampak sedap ...
ReplyDeleteKami pun hari² makan masak lemak SA haha... EH la hari² singgah beli dekat 1 kedai nismilan ni ...
Tak jemu2 PZ dengan MLCA.
ReplyDelete