Assalamualaikum....
Dania baru bagi gambar ni tadi..semalam walau bulan puasa dia tetap kena masuk ladang..dah part of study kena la ke ladang walau tengh berpuasa kan...orang dulu- dulu dan orang kerja-kerja felda tu elok je menoreh getah bulan puasa...sampai ke petang puasanya kan...penat tu memang la penat...ibadah x leh dipandang remeh...macam best je suasana ladang getah ni..pokok- poko getah dah mula mengeluarkan hasil..susu getah pun nampak banyak...
Tapi duhai pelajar semua...bukan senang ye nak menoreh getah...bukan di takik begitu aje..dia ada cara dia menoreh getah ni...ada teknik- teknik yang betul. Kualiti susu getah yang dihasilkan bergantung pada cara penoreh getah menoreh getah. Dengan menggunakan teknik yang betul, susu getah yang dihasilkan akan lebih berkualiti dan berpotensi untuk meningkatkan harga jualan.
Oleh itu, adalah penting bagi pekebun dan penoreh getah untuk memahami teknik penorehan yang betul dan mempraktikkannya.
Berikut adalah kebaikan menoreh pokok getah dengan betul dan efisien:
- Hasil getah lebih banyak
- Kulit pokok getah pulih dengan baik
- Tumbesaran pokok getah tidak terbantut
- Kulit pokok getah tidak kering
- Kualiti lateks menjadi lebih tinggi

Cara Menoreh Getah Yang Betul
Penorehan getah merupakan proses mengumpul susu getah dengan menghiris alur ke dalam kulit getah pada kedalaman satu perempat (¼) inci (0.63 cm) dengan pisau kait. Getah akan dituai daripada pokok getah yang berumur kira-kira lima hingga enam tahun dan berdiameter enam inci (15.2 cm). Namun bukan setakat itu, menurut RISDA ada beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum menoreh
Usia pokok getah yang sesuai untuk ditoreh
Usia pokok getah yang sesuai untuk ditoreh adalah kira-kira lima hingga enam tahun, kerana pada usia ini pokok getah telah mencapai tahap kematangan yang sesuai untuk menghasilkan getah berkualiti tinggi.
Pokok getah yang masih muda kurang sesuai untuk ditoreh kerana getah yang dihasilkan daripada pokok yang belum cukup matang tidak cukup pekat dan cenderung untuk mengeluarkan getah yang lebih berair dan kurang berkualiti. Di samping itu, pokok getah yang terlalu tua juga tidak sesuai untuk ditoreh kerana getah yang dihasilkan cenderung menjadi pekat dan susah untuk diproses.
Oleh itu, penting untuk mengambil kira usia pokok getah yang tepat untuk memastikan getah yang dihasilkan berkualiti tinggi dan memberi pulangan yang baik kepada penoreh getah dan pekebun.
Diameter pokok getah yang boleh ditoreh
Menurut Amalan Pertanian Baik (GAP), pokok getah boleh ditoreh apabila ukur lilit pokok getah tersebut adalah 45 cm pada ketinggian 150 cm dari aras tanah.
mangkuk untuk menampung susu getah
Macam x masuk je susu getah tu
penerangan kepada pelajar cara- cara penorehan getah
Pisau khas untuk menoreh getah
Dania cakap cara torehan tolak menaik lagi bagus bagi mengelakkan susu melimpah
Tapi Dania plak lagi selesa potong secara tarik
So Dania dah dapat pengalaman menoreh getah...dia kata susah menoreh...memang la nak oiii...bukan senang menoreh...sebab tu la getah mahal..sejak 2024 harga getah semakin naik...susu getah tu duit ye untuk penoreh getah...
Dulu masa mama kecik- kecik pernah la ikut Uwan dan Atuk menoreh getah masa kami kat kampung...pernah ikut Uwan dan Atuk bersawah..usahakan ladang kepunyaan arwah Moyang awak...kalaula dapat kembali ke zaman tu semula memang mama nak kembali..zaman mandi di tali air, mandi sungai, main perang- perang guna senapang buluh kat ladang getah...eh macam- macam la. Seronok bila ingat balik zaman tu...mama plak satu- satunya cucu perempuan yang pertama masa tu..kawan dengan sepupu- sepupu lelaki dan pakcik...memang lasak la mama masa kecik dulu...dah macam lelaki duk berkejar ke sana sini...zaman awak sekarang dah moden..x merasa macam mama...
Indahnya nostalgia zaman kanak- kanak SA...alangkah seronoknya kalau boleh kembali ke zaman tu...
pengalaman yg bagus ni. tau la macam mana keperihan penoreh tu mencari rezeki kan
ReplyDeleteZaman kanak-kanak memang paling best. Akak pun sama, sorang-sorang perempuan, selalu terikut-ikut kasar macam boboi.
ReplyDeleteTerigt sy zaman kecik2 dulu..Ikut arwah mak & kak cik gi kebun getah...Mak buat pondok utk letak sy dlm tu sementara dieorg menoreh x jauh dr sy...Siap buat unggun api utk halau nyamuk & kalau x silap pondok tu tinggi bahu org dewasa. Laga2kn parang utk buat bunyi mcm nk bgtau Pak belang kami dtg =D
ReplyDeleteMak nieyl pernah menoreh getah..
ReplyDeletezaman nieyl xde dahhh...cuma masa zaman nieyl kecik suka lah main dekat pondok kebun orang yang keringkan getah ni.,
wah bestnya..pengalaman tu...nampak mcm senang je kan, tapi hakikatnya susah
ReplyDeleteyang rindu nya, zaman kanak-kanak yang tak perlu nak fikir apa-apa...hihihi
ReplyDeleteIsh.. pandai dah menoreh, Dania.
ReplyDeletelady x pernah tgk dengan mata org menoreh getah.. sb kg lady sawah wktu ldy kecik2... seronoknya dpt pengalaman mcm2 kan dania
ReplyDeleteBest pengalaman ni. Dulu masa kecik2 kutip biji getah buat main je.
ReplyDelete