Thursday, February 13, 2025

Tauhu Sumbat Untuk Pot Luck Office Hari Ini

Assalamualaikum...

Kawan-kawan office bagi tau Jumaat lepas nak buat pot luck, cuma yang dijemput aje la x buat untuk 1 floor, SA okey je nak join xde specific makanan yang diorang mintak so SA nak sedekah tauhu sumbat..lama x buat makanan fav arwah mak...so sedekah la atas nama Arwah Mak...

Balik kerja semalam beli bahan, lepas tu siapkan sos dulu...kul 3.45am SA bangun goreng tauhu 15biji, potong 2 dapat la 30 pcs kan..timun SA dah hiris halus malam td, tauge SA celur pagi ni...



Timun dan tauge


Tauhu dah siap letak timun dan tauge


Sos 1 bekas...sos ni SA blend cili besar dan bawang putih 2 ulas, lepas tu masakkan..letak sos tomato dan sos cili sertasedikit gula dan garam..
Ingatkan x jadi sos tu...alhamdulillah sedap sama macam arwah mak ajar...


Tauhu sumbat ni menu untuk tengahari...memang diorang cakap untuk lunch bukan dari breakfast...

Harap sedap la tauhu sumbat ni...dh lama SA x buat..suami x makan kalau kuah sos..dia kata orang Johor makan ngan kuah kacang..SA x pandai buat kuah kacang ..nanti la belajar..dalam fridge ada 5 keping lagi tauhu...kalau rajin SA goreng la malam kang..balik kerja ni kang banak benda SA nak buat..nak basuh baju kat dobi pas tu nak packing...esok seawal pagi SA nak gerak dah pi Kuantan...


6 comments:

  1. selamat bercuti SA. semoga dipermudahkan perjalanannya...

    ReplyDelete
  2. Aaa.. baru nak cakap, kita makan dengan kuah kacang, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan perjalanan...
    Linda pun tak reti sangat makan tahu sumbat.

    ReplyDelete
  4. Wow..Sedap ni sis..Ketahuilah bahawasanya kadang2 dtg angin sy nk mkn ini, beli 2 ketul tauhu buat sendiri je sis...2 ketul pun jadilah =)

    ReplyDelete
  5. Me Johorian, tetapi saya suka tahu sumbat dengan kuah sos.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah