Assalamaualaikum...
Setelah menempuh 2 jam perjalanan dari Kuantan..kami berdua singgah makan di Warung Lomang Apak ni...selalu nampak warung ni tpai tak pernah singgah...takde la lapar sangat sebenarnya lebih kepada cuaca panas masa ni..
Kat sini macam biasa banyak la lauk pauk salai..walau pun masa ni dah pukul 2 lebih...lauk masih banyak lagi...boleh la kalau nak makan kan...suami plak tengah kepanasan..so orderkan dulu air untuk dia...kemudian baru dia amik makanan...
Jom tengok apa SA pilih...
Dah petang tapi masih ramai orang dan kebanyakkan yang singgah makan adalah ibu bapa yang hantar anak- anak masuk asrama...
SA pilih ayam kampung salai, pucuk ubi rendang kering
Siput sedut masak lemak cili api
Sirap ais untuk suami dan sirap limau untuk SA
Suami amik lauk ni je...
Total damage RM47.00
Alhamdulillah rezeki kami....Average harga kat sini dalam RM25 per head masa SA check di google, which is berbaloi la kalau sesekali nak makan masakan salai.Warung Lomang Apak terletak di Kuala Pilah dan menyajikan pelbagai masakan Negeri Sembilan yang berasaskan salai.
Berpeluh- peluh SA makan...ayam kampung salai tu sedap betul..rendang pucuk ubi tu pun sedap...cuma tahap kepedasan tu SA dan suami x boleh tahan...walaupun SA orang nogori...tetaplah x tahan podeh...pijar bibir dibuatnya especially masa menyedut siput sedut..hehehe...dah rasa macam Anita Sarawak plak...😆😆
Tamatlah kisah Kuantan Trip SA dan Suami...
Lepas ni boleh la focus untuk Ramadhan dan Aidilfitri plak..lepas raya nanti insyallah kalau murah rezeki boleh kami berjalan lagi...lokasi x pasti lagi dimana..selain repeat Kuantan kan...
Ayam kampung Salai, sedapnya. Jarang sangat jumpa, di Negeri Sembilan je kan.
ReplyDeleteterasaerah pulak telinga sy baca part pedas tu... dpt byg kn pedas tu mcm mn sbb penah rs masak lemak N9
ReplyDeleteLama tak minum sirap limau. Banyak lauk pauk walaupun jam 2 ya. Selalu tinggal sikit je kalau jam 2 petang tu.
ReplyDeleteterliur tgk ayam kg tu..nampak sedap laaa
ReplyDeleteSedapnya siput seduttt, favourite kita tu. Jarang ada orang jual kt sini
ReplyDeleteKhilfi ngan husband confirm suka ni kalau pedas. Khilfi pun dh mcm abahnya, kalau lauk x pedas dia gi ambik cili api dlm esbok buat gigit2
ReplyDeleteHahaaa... kelakar betul bila SA sebut bibir Anita Sarawak!
ReplyDeleteTerbaca pula di banner nya rendang Arnab ðŸ˜. LGS tak tega nak makan.
ReplyDeleteTp menu lainnya saya tertarik sangat kak SA. Apalagi siput sedut tuh, nampak menggoda lah. Kalo pedas bertambah lah saya makan 😄
Sedapnya siput sedut ..lama CCL tak makan .. dulu masa arwah tokwan CCL masih ada , dia selalu carikan siput sedut ..ajar CCL dan adik beradik cara makan siput sedut tu ..
ReplyDelete