Assalamualaikum...
Dalam perjalanan ke Cherating semalam selepas berehat di Teluk Cempedak, SA dan suami sempat singgah ke Pantai Pelindung. Sebelum ni asyik tengok rakan blogger Kak Mulan selalu update, so SA nak jugak singgah tengok batu Penyu Viral tu...cuaca dalam pukul 11 lebih pagi memang panas terik ye...jenuh nak ke sini sebab dari laluan masuk nak ke batu penyu tu boleh tahan jauh ye ..pengunjung pun x ramai cuma SA dan suami serta beberapa pengunjung cina bukan local...beberapa kali jugak SA berhenti sebab penat dan berpeluh-peluh...kasut pun x sesuai sebab SA pakai kasut sarung ..
Jom tengok gambar yang sempat suami snapkan..x berapa cantik tapi boleh la...panas terik kan ..
Abaikan SA yang kejap2 berhenti kepenatan dan kepanasan...
Pelindung Beach ialah pantai yang kurang dikenali yang menawarkan persekitaran yang tenang dan terpencil. Pantai ini dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur dan tidak sesibuk pantai popular lain di Kuantan. Ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari orang ramai dan menikmati masa yang tenang di tepi laut.
Pengunjung boleh berenang, berjemur dan berkelah di pantai berpasir lembut. Pantai ini juga merupakan tempat yang bagus untuk memancing, dengan beberapa tempat memancing di sepanjang pantai. Suasana tenang dan keindahan semula jadi di Pantai Pelindung menjadikannya permata tersembunyi di Kuantan.
Info : Google.com
Kalau terjumpa batu penyu tu malam2 mau terkejut juga kan?
ReplyDeleteCantik-cantiklah gambarnya tu SA.
ReplyDeleteCantik gambar² tu.
ReplyDeleteBeruntung penduduk Pahang punya banyak pantai yang cantik.
eh.. eh.. yang dok berjemur tu gamaknya pelancong luar.. orang Malaysia ni takut cair cam lilin😁
Ade kedai mee calong dan ABC special area situ kak SA. Boleh cuba. Masa awal2 penyu tu siap, ramai je org datang sini. dah lama2 tak ramai dh org yang datang. pantai mmg agak terpencil.
ReplyDeleteWahh besar betul arts penyu...menarik2
ReplyDelete