Tuesday, February 18, 2025

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Assalamualaikum...

Scroll FB pagi ni, SA ternampak resepi sotong ala Thai ni...mak oiii...tergoda tengok rupa paras gambar owner resepi ni...terliur dibuatnya...semalam SA cadang nak masak udang sambal, plan la nak beli udang ke apa yang patut...suami lambat jemput SA, makanya takde la sempat nak beli barang- barangnya...sebabnya sampai Seremban dah lambat...sampai rumah dah 8.30pm...xdelah nak masak ke apa..PZ plak xde pi masjid...tengok dalam tudung saji dah ada lauk dia, nasi pun dah ada..sudahnya xde la masak..mandi dan tunaikan kewaipan segala, gosok baju kerja..lepas tu tutup lampu..dah tido..

dalam perjalanan pi keja scroll FB tu yang terjumpa resepi ni...terus je copy...nak buat gak nanti...eh korang pun boleh gak cuba...pelbagaikan resepi untuk buka puasa kan...



credit photo to owner resepi


Resepi Sotong Masak Ala Thai (Versi Lebih Padu!)

Bahan-Bahan:
500g sotong – bersihkan dan potong ikut suka
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – cincang halus
8 biji cili padi – ketuk atau hiris kasar (ikut tahap kepedasan)
2 biji limau nipis – ambil jus, kulitnya potong dadu
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula apung Thai (boleh ganti dengan gula Melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar – hiris kasar
1 batang serai – diketuk (opsional untuk aroma lebih wangi)
1 sudu teh minyak bijan (untuk rasa lebih umami)
1 sudu teh serbuk lada hitam (untuk rasa lebih berlemak)

Cara Memasak:
Rebus Sotong: Rebus sotong selama 30 saat hingga 1 minit sahaja supaya kekal lembut. Simpan 1 sudu besar air rebusan, kemudian toskan.

Tumbuk Bahan: 

Tumbuk cili padi, bawang putih, dan bawang besar sehingga agak halus. (Nak lagi wangi? Tumis sebentar dengan sedikit minyak sebelum gaul dengan bahan lain.)

Buat Kuah Thai: 

Dalam mangkuk, campurkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan, jus limau nipis, dan kulit limau. Masukkan juga lada hitam dan minyak bijan. 

Kacau hingga sebati.

Satukan Semua: 

Masukkan tomato dan daun ketumbar ke dalam kuah tadi, kacau rata.
Gabung dengan Sotong: Pilihan ikut selera—nak gaul sotong terus dengan sambal atau nak tuang sambal atas sotong rebus. Kalau suka lebih beraroma, boleh biarkan 10 minit sebelum dihidang supaya sotong lebih menyerap rasa.

Siap untuk Dinikmati! Taburkan lebih daun ketumbar atau hirisan cili jika suka. Makan panas-panas!

Tips Extra:

✔ Untuk lebih pedas, tambah lebih banyak cili padi atau guna cili kering kisar.
✔ Nak lebih Thai vibes? Tambah sedikit kicap sotong atau pes tomyam.
✔ Untuk rasa lebih fresh, gunakan sotong segar dan jangan masak terlalu lama.


Selamat mencuba!

15 comments:

  1. Aduhaii..Mmg fevret ni sis..Udang / sotong...Perghhh..Layan =q

    ReplyDelete
  2. fav nieyl udang/sotong/ketam hihihi...
    last week pergi pasar, sotong mahal jugaa..sekilo hehe

    ReplyDelete
  3. Memang sedap lauk ni SA. Rasa masam-masam pedas pastu bau daun ketumbar pulak....aduh lapar dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. nampak menyelerakan ni ...boleh try

    ReplyDelete
  5. Isssh saya pun ikut drooling membayangkan rasanya kaaak. Pasti segaaar sangat khas Thai 😍😍😍. Saya save lah, nak buat juga Minggu depan

    ReplyDelete
  6. Sedap ni. Kalau Thai ada pedas, manis, masam sekali jalan.

    ReplyDelete
  7. Sedap ni, saya pernah buat gak tpi ikut resipi khairulaming hehe

    ReplyDelete
  8. MZ suka la sotong! lunch semlm MZ mkn sotong beli kat kedai tp mcm liat la plak sotongnya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah