Tuesday, February 18, 2025

Melawat Muzium Of Contemporary Art Kuantan

Assalamualaikum...

Kemana kami pergi selepas sarapan di Kedai Kopi Abi & Baba tu?Kami patah smeula ke area hotel sebab ada Muzium kat situ dan sanagt menarik ye...berdekatan dengan pejabat Agama jugak sebab ramai pengantin baru bergambar selepas akad nikah...kawasan tu memang cantik..sayangnya Dania takde untuk merakam gambar kami berdua...bila SA dan suami bergambar memang banyak gambar x cantik la...inipun mana yang SA dah pilih ni...

Awas entry ni banyak gambar...semua SA nak share dalam 1 entry...hahaha

Apa Muzium Of Contemporery Art ni?

Perbadanan Muzium Negeri Pahang (PMNP) melakar sejarah tersendiri melalui penubuhan Muzium Seni Kontemporari (MOCA) yang mula dibuka kepada umum sejak 5 Ogos 2 tahun lalu. Bertempat di pusat bandar raya Kuantan, muzium terletak berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 itu dahulunya dikenali sebagai Muzium Tokoh Pahang. 




Muzium ini berupaya mewujudkan ruang atau platform untuk setiap pengkarya seni kontemporari sama ada yang dikenali mahupun yang baru meningkat naik bagi mempamerkan karya seni masing-masing dengan selesa, selamat dan dapat diakses oleh pengunjung yang lebih ramai. Selain mengumpul, mempamer dan mempromosi karya seni kontemporari, muzium ini juga dapat mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan muda melalui pelbagai media seni serta idea baharu.


Menurut Petugas di MOCA, Muzium Diraja terletak di Pekan, Pahang dan mengambil masa 1 jam lebih dari Kuantan ke sana..SA tanya suami nak pergi ke sebab dia adalah pencinta Muzium. Kami decided nak pergi masa dalam perjalanan balik nanti...we see how la...hehehe...


Merenung masa depan ke tu?


KutubKhanah Di Raja di buka hari biasa aje ye...weekend tutup...tapi the best part ada cafe kat sebelah kiri tu ye..nanti SA share...


SA dah sampai sini tapi x leh masuk..



Kita masuk sini la...


Tiket...bayaran dikenakan RM10 seorang..


Zoom pada gambar kalau nak baca penerangan


Cantik kan? Cuya suka la art2 ni kan?



Cantiknya..berapa la harga lukisan ni kalau dijual kan..


nampak x entiti di hujung tu..bukti dia memang suka pi Muzium


SA dipaksa bergambar kat sini




Jom naik tingkat atas


Semua tentang gitar


Pelbagai jenis gitar ada

MOCA mengetengahkan hasil seni kontemporari artis dari Pahang sendiri, dalam dan luar negara daripada pelbagai disiplin seni seperti lukisan, arca, fotografi, instalasi, grafiti, video dan filem, seni persembahan serta pelbagai lagi sebagai pameran utamanya..








Ada sesuatu tersembunyi








Orkes Gambus dan Rebab





Gambar ni guna timer




Gesek dan petik, lebih kepada Biola dan SA x pasti yang lain2..cari jugak maklumat tapi tak jumpa di situ



Piano besar






 

SA rasa kan...MOCA mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghayati dan menghargai seni dan ia bukanlah aktiviti golongan atasan semata-mata. Penduduk dan pengunjung luar dari Negeri Pahang pun boleh melawat MOCA  pada bila- bila masa..

Ada beberapa bahagian dalam muzium di tutup untuk pemuliharaan so..x semua part SA dapat cover masa ni...mana yang SA share kat gambar atas tu je...ok la MOCA ni...selalu kita tengok kat Muzium benda- benda biasa dipamerkan dia mana- mana muzium..kali ni ada part kesenian...memang bagus diketengahkan...

Lepas melawat MOCA ni..kami berdua explore cafe yang di galeri perpustakaan diraja tu...

Kita jumpa next entry ye...

12 comments:

  1. cantik juga dalamnya ye kak..kami bagi orang jauh je masuk orang dekat ni tak pernah sampai huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah..best nya jenjalan.. x de org plak tu.. lagi tenang & relax je

    ReplyDelete
  3. ada kelainan sikit lah dekat muzium nie...bagus jugak nie

    ReplyDelete
  4. Cantik arts dia! Menarik muzium ni untuk dilawati, lama Cuya tak ke muzium

    ReplyDelete
  5. Kami orang Kuantan pun belum sampai.

    ReplyDelete
  6. gitar-gitar tu, pemiliknya lain-lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye pemilik lain- lain dan kebanyakkan artis atau individu dari pahang yang punya...

      Delete
  7. Waaah ini memang menarik bagi penyuka seni dan musik ❤️❤️. Kalo musik saya tak terlalu paham, hanya suka mendengarkan saja, tp kalo lukisan saya sukaaaa sangat. Dan lukisan di sana memang bagus2 😍😍

    ReplyDelete
  8. Cantik la depan Muzium tu dan suka juga gambar tangga tu. Nampak klasik. Banyak alatan muzik dalam ni ya SA...

    ReplyDelete
  9. Last saya pergi ke sana dalam 1 atau 2 tahun lepas menghadiri simposium..

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka pegi muzium jugak, lagi2 yg ada lukisan2 cmni. Cantiknya karya2 kat sana

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah