Assalamualaikum...
Isnin lepas adik SA x kerja..so dia ada la kat rumah...SA informed dia yang SA ada beli daging salai masa pi Bahau weekend lepas...lepas tu dia kata dia nak masakkan..SA suruh la dia masakkan...bukan daging salai aje ada a few lauk pauk jugak...bukan kami aje makan...adik no 3 pun ada sama satu keluarga...
Jom tengok apa dia masak...
Sambal sardin
Kangkung goreng
Daging salai masak lemak cili api campur cendawan hitam tu..x tau nama cendawan
One more snap
Ayam segera
Donut adik no 3 belanja...
Alhamdulillah rezeki kami...
Suami balik kerja malam tu terpaksa abaikan diet dia, sebabnya dia nampak ada lauk sardin goreng...dia memang kalah kalau ada sambal sardin...hahaha...hampir 3 minggu diet tak makan malam, dh nampak susut skit. Inch aje la berkurang tu...tengok bulan puasa nanti...Dia dah ikut SA cut sugar dah...
SA tengah senaraikan tempat- tempat menarik untuk kami berdua ke Kuantan Jumaat ni...antaranya
- Telok Cempedak
- Pantai Pelindung
- Pantai Balok
- Menara Kuantan 188
The rest masih tercari- cari lagi...cukup tak rasanya nak cover dan cari content untuk blog dari Jumaat sampai Ahad, Ahad tengahari kami balik ke Seremban semula..hotel pun x tempah lagi ni...tengok la malam kang...hahaha...percutian kami ni lebih kepada nak santai- santai aje...nak berehat dan tenangkan fikiran...ada sesiapa bleh cadangkan?tempat makan best ke..
wah...bestnyaaaa....
ReplyDeletenieyl baru balik dari janda baik kak..
Kita pun kalah kalau ada sambal sardin, hahah.
ReplyDeleteCendawan hitam tu biasa sy panggil fungus je sis..Yg kena rendam dulu bg kembang sebelum dimasak kan?Wahhh..Byk listing tu sis =)
ReplyDeleteBestnya lauk pauk adik SA masak, jangankan adik SA masak...SA masak pun semua menyelerakan. Cendawan tu saya suka jugak. Ia dipanggil cendawan telinga kera. Selalu ada juga dalam masakan cina.
ReplyDelete