Assalamualaikum...
Akhirnya sampai la kami berdua di Bahau...kat mana Bahau ni?
Bahau ialah sebuah bandar di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Pusat bandarnya yang bersaiz sederhana terdapat satu jalan utama (Jalan Besar ) dan 4 lagi jalan lain , dan sebuah stesen bas ,dan sebuah stesen keretapi KTM.
Bandar Bahau adalah destinasi membeli-belah utama bagi penduduk penduduk dari gugusan ladang sawit dan getah Felda yang luas dari mukim Pasoh, Sg Lui, Serting, dan Palong. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, perladangan , diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba, Jalan Penarikan dan Bukit Taisho.
Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai jalan Penarikan. Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah, pahlawan dari Melaka yang terulung, sering menggunakan laluan ini.
Boleh tahan gak besar Pekan Bahau ni...
Sesak jugak dan banyak kenderaan
Pemandangan pekan Bahau
Pekan Lama
Kami singgah sini konon nak menyelam bundle..suami SA kan size Europe..
Pilih...jangan x pilih
Dah...jom la balik...
Ada benda kelakar berlaku masa ni..suami cakap ada lelaki Indonesia mintak pekedai turunkan baju t-shirt vintage dan tanya harga...bila pekedai bagi tau harga baju tu RM1250...semua menoleh..vintage T- Shirt yang mahal giler...lelaki tu beli ke? Dia terkejut dan keluar ayat dari mulut dia..saya ingatkan RM12.50...disambut gelak oleh pekedai dan beberapa orang kat situ..
Mak aiii....RM1250 untuk sehelai baju Vintage...memang mengamuk la SA akali suami SA yang beli...
Memang tak dinafikan ada je yang sanggup beli sebab minat kan...tapi melampau la..dengan serba serbi barang mahal sekarang...nak bayar selepuk untuk sehelai t-shirt vintage macam tu memang x la...hahaha...
Sudahnya beli ke jeans ke apa ke?
Tak beli ye...xde yang berkenan di hati suami...muahahahaha....x lama lepas tu kami pun balik...tapi ada singgah beberapa tempat la...
Apa pendapat suami tentang Bahau?
Suami kata Bosyan....tu la..dah cakap awal- awal x nak percaya...😂😂
Kita ada kawan orang Bahau.
ReplyDeleteya Allah mahal sungguh bajunya..
ReplyDeleteMahalnya SA....ribuan ya bukan puluhan. Kalau harga macam tu macam2 yang penting boleh buat lagi tu.
ReplyDeleteBaju bundle ni kene tengok harga jugak, tak semua murah. Pernah juga beli bundle untuk Aiyan ada kene pakai baju tema kotak-kotak, dok cari kat bundle baju memang lawa baru lagi tapi mujur tengok harga RM60 sehelai, mujur perasan cari yang lain dapat dengan harga rm20 je baru jugak tapi jenama lain. Kalau ribu-ribu harga memang mereka akan letak tempat tinggi cuma peminat ja yang akan dan sanggup cari.
ReplyDeleteDah pernah pergi Bahau , masa adik ipar dok Bahau , selalu jugak pergi , sebab dia jaga ladang kat sana ;)
ReplyDeleteAissssh see vintage apaaaa lah bentuk baju tuh kak 🤣🤣. Brand mahal mesti yaa... Penasaran saya nak lihat. Saya pun kalo vintage tp hrg masih jutaan rupiah, dah malas. Better beli baru 🤣
ReplyDeleteDulu kecik2 pernah lah gi bahau.. pekan biasa je..
ReplyDeleteCantik tudung kak SA...