Friday, February 28, 2025

Last Sarapan Pagi Di Mohsin

Assalamualaikum..

Hari ni last sarapan kat Mohsin ni...lepas ni sebulan x sarapan sini dh..haha..

Dah petang baru SA sempat nak update...

Busy betul la hari ni padahal Jumaat dh...








 

Abaikan eyebag  yang melampau tu...lately penat sangat...tido pun x cukup..ye la..4.15am dah kena bangun bersiap...lepas ni settle sahur je terus gerak pi kerja la nampaknya...singgah solat kat RNR je....

Kan?

Bukan puasa nanti SA masuk kerja pukul 8am dan keluar pukul 4.30pm...ntah sempat ntah x SA nak masak untuk berbuka...dengan jammed segala kan...


Siapa Potong Bawang Pagi2 Ni...

 Assalamualaikum...

Scroll FB..terjumpa post ni..mengalir2 airmata SA lepas baca...hati tisu sungguh la..dapat bayangkan situasi ni dalam kepala...suami pelik kenapa menangis..lately senang betul menangis...citer adik Hud yang hilang dari rumah Isnin lepas dan mayatnya dijumpai tersangkut di pokok tu lagi buat SA menangis..walau rasa x logik dia bleh jatuh sungai dalam jangka masa singkat tetap lah SA rasa sedih dan menangis...

Ni Ibu Bapa adik Hud tu dipanggil plak untuk siasatan kerana terdapat unsur CUAI mengikut apa yg tular di Tik Tok...memang la kalau ikutkan x logik..tapi ni prosedur biasa...harap kedua ibu bapa adik Hud diberikan kekuatan..dah la hilang anak lepas tu di panggil untuk siasatan pulak..berat betul dugaan keduanya...




Haihhh...kesian betul kat budak tu...terbayang-bayang...SA dulu tinggalkan anak ngan Mak Abah demi mencari rezeki kat KL...jumpa seminggu sekali je...tau-tau anak dah besar je dan anak x berapa rapat ngan SA..lebih rapat ngan makcik-makcik dia...sedih tau...sebab tu kalau boleh SA x nak dah jauh-jauh ngan anak..sebab tu buat keputusan pindah terus ke Seremban..sanggup berulang..tapi SA kena tinggal jugak akhirnya bila Dania dah start belajar di UCAM...seminggu sekali gak jumpa sama situasi macam SA tinggalkan dia dulu...lumrah kehidupan kan..demi kelangsungan hidup terpaksa berkorban apa aje..


Thursday, February 27, 2025

Entah Menu Bila...

Assalamualaikum...

Menu kat bawah ni SA x ingat la bila SA masak...rasanya bulan lepas kot...selalu letak watermark kat gambar yang siap ada tarikh capture gambar...kali ni takde plak..malas SA nak setting semula..tapi kita share aje la ye....

SA sekarang kalau nak masak proper memang kena tunggu weekend la...balik kerja kadang dah penat. Tak larat nak masak..kalau PZ masak kira okey la...kalau x masak, kena la SA masak simple- simple..sekarang kalau sampai Seremban dalam pukul 7.00pm sempat la SA masak..kalau lambat memang x masak la..kalau rasa nak makan goreng je la telur mata..nasib baik suami jenis x banyak kerenah...lagi simple lagi dia ok...

Jom tengok apa menu SA masak...mana tau ada idea korang nak masak nanti untuk berbuka



Ikan bawak goreng kicap


Ayam kampung masak lemak cili api campur pucuk ubi ni..


Telur dadar


Sayur bok choy goreng...

lagi 2 hari lagi kita nak puasa kan...

esok pengumuman anak bulan...kalau nampak anak bulan x tau la kita puasa 1hb ke 2hb...SA belum bagi PZ duit nak beli daging...biasa nak puasa memang akan beli daging ke atau tulang nak buat sup..sup gearbox ke apa kan...balik kerja kang la SA bagi PZ duit...Nak tunggu SA yang pergi beli daging memang lambat la...silap hb xde langsung daging... 


Lunch Dengan Suami Di Bangsar

Assalamualaikum...

SA ada urusan di CIMB Bangsar pukul 12 tadi...suami hantarkan...CIMB sebelah dengan Restoran Mahbub..selesai urusan di CIMB, SA ingat nak makan di Mahbub..parking xde plak...3 kali pusing baru dapat parking...sudahnya x jadi makan kat Mahbub sebab penuh dan masih ramai beratur...

So kami makan kat Famous Bistro je la...makan nasi kandar..suami x pandai makan nasi kandar so SA nak ajar dia makan nasi kandar plak...

Sejauh mana famous x tau la..tp sedap gak..

Lauk pauk dia banyak

Geram.plak tengok kepala ikan tu...

Pinggan SA, nasi kuah campur, ayam bahagian paha x nak potong, sayur kobis dan sedikit telur sotong 

Suami nasi, kuah kari ngan ayam goreng je...laaa..suruh amik kiah campur x nak plak..camne nak belajar..


 Sirap limau untuk kami

Alhamdulillah  kenyang...

Total damage makan berdua RM31....

Keras skit la...namapun Bangsar...

Kan?


Dinner Malam Semalam

Assalamualaikum...

Hi korang...

Balik semalam PZ dh masak lauk ikan rebus ni...ni speciality PZ...SA boleh buat tapi x sesedap yang PZ buat...

SA tambah telur dadar dan sayur kangkung goreng je...PZ pi masjid sampai pukul 9.30pm..dan dia dh makan awal..so SA dan suami la makan berdua je hari-hari. 


Ikan pelaling masak rebus PZ Style

Sayur kangkung goreng

Telur dadar

Sambal Ijo SA beli dari kawan office...memang setiap kali nak puasa beli..kali ni amik Hot with Petai


 Sedap...suami suka..tapi x tahan pedas giler..kalau tau amik mild je..


Kami jarang dh tengok tv...tgok Netflix je kat hp...so lepas dinner, dh selesai semua kewajipan terus SA masuk tidur..padahal x tido pun..layan Netflix..tau-tau dh lelap je...penat berulang sebenarnya Seremban -KL, KL- Seremban...tapi nak buat macam mana dh rumah kat Seremban. Sewa area KL kang mahal plak...ye tak?


Dunia Mini Dalam Kaca

Assalamualaikum...

Khamis dah hari ni...2-3 hari ni SA busy sangat...x dan nak bertandang rumah korang...bukan tak sudi...sis busy yang...hehehe...esok should be ok kot schedule..banyak adhoc task kena buat...mana nak layan boss mana nak settlekan hantar kurma...mana nak book flight untuk boss travel..hotel lagi...busy betul kesana sini...

Semalam Nia hantar gambar- gambar dia joined program kat kolej...program yang dinamakan Dunia Mini Dalam Kaca...lepas ni banyak la terrarium kat rumah nanti ni...Nia memang suka bab- bab kreatif macam ni...

Jom tengok apa program yang Nia dan kawan- kawan dia join...untuk join program ni Nia kena bayar RM12 ye...maybe fee yang dikenakan untuk bahan- bahan yang disediakan.








Macam mini- mini kaktus..


Bahan tambahan


Focus


Eh eh ramai lelaki dari perempuan erk..


Dah  kenapa kunci kereta atas meja tu Nia?


ni la bahan- bahan yang Nia pilih


Kan betul ramai pelajar lelaki dari perempuan


Semua khusyuk 







Dania punya Terrarium ke ni?







Haaa...betul la tu Nia punya


Ni hasil kerja kerastangan semua peserta


Nia dan Terrarium dia...

Mama yang tengok ni pun macam excited inikan pulak para pelajar semua kan...cuma confuse semua bahan digunakana adalah bahan semulajadi macam pokok hidup segala kan..camne nak dia kekal hidup erk?ke kena bukak dan spray hari- hari?Kena tanya Nia nanti ni...

Selalunya terrarium ni dijadikan bahan hiasan atau hadiah kepada seseorang dan sesuai untuk hiasan indoor kan..

Berapa lama terrarium mampu bertahan?

Terrarium bertahan bergantung pada penyelenggaraan dan penjagaannya. Terarium tertutup cenderung mempunyai jangka hayat yang lebih lama kerana ekosistemnya yang mampu bertahan sendiri. Dengan penjagaan yang betul, mereka boleh bertahan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun.

Menarik kan?

Berbaloi ke terrarium ni?

Ini cara yang bagus untuk mempunyai tumbuhan hijau di rumah atau pejabat kerana tidak memerlukan banyak kerja. Ianya hidup dengan kehijauan dan baik untuk udara, baik untuk mood kita, meningkatkan oksigen dan juga boleh menjadikan kita lebih produktif.

Perlukah terrarium disiram setiap hari?

Terarium tertutup sangat mampan sendiri dan hanya perlu disiram beberapa kali setahun. 

Perkara paling utama adalah untuk mewujudkan tahap lembap yang betul. Untuk melakukan ini, tahap pemeluwapan perlu dipantau. Jangan terlebih air.

Kita tengok nanti jangka hayat terrarium Dania...actually terrarium ni boleh jana pendapatan sampingan tau...yang penting kena kreatif untuk mencipta terrarium yang menarik...ramai aje yang dah jadikan terrarium sebagai perniagaan sampingan.


Wednesday, February 26, 2025

Rutin Kami Setiap Pagi Di Hari Bekerja...

Assalamualaikum....

Setiap hari sini la tempat kami suami isteri lepak...sampai 6.30 kat Brickfield ni...order air, order makanan...lepas tu bergilir pi solat...lepas solat sarapan pagi...gerak dari sini ke office dalam kul 7.15am...7.30am SA dah ada kat office...

Ini ntah sarapan bila ntah ni...ada dalam draft...content dah abis..guna je la entry ni...


Suami makan nasi lemak bungkus


SA makan roti telur


Air macam biasa...bila pekerja datang amik order, dia yang sebut dulu...air macam biasa?


Aucakkkk!!!

Lately suka pakai warna- warna pastel selain hitam dan pink...
sapa tanya hari tu SA okey ke selalu pakai warna hitam, pi travel ke atau pakaian harian..SA memang suka pakai warna hitam. Dulu masa x bertudung, SA nyer seluar kerja, satu suit baju, skirt, dresss semua warna hitam...
Sejak dah ebrtudung ni SA dah dermakan baju-baju kerja yang dulu- dulu dan SA dah start beli baju yang lebih sopan...

Cadangnya start bulan puasa nak pakai baju kurung la pi kerja..baju kurung bersepah tapi x pakai-pakai..nak cuba gak pakai Jubah pi kerja..x pernah cuba lagi...

Kita tengok Isnin minggu depan..agak- agak pakai x baju kurung...

 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah