Wednesday, January 8, 2025

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Assalamualaikum....

SA penggemar kuih tepung bungkus, sebabkan minat sampai terjumpa kat kenduri jiran depan rumah SA tahun lepas, SA ambik banyak ye...nak buat memang SA failed la bab buat kuih...tadi scroll FB ternampak ada orang share resepi kuih tepung bungkus ni...terus SA copy jer resepi dan share kat blog...kredit kat hujung entry dan gambar pemilik resepi...

Sedap weyh kuih ni...cuma x tau la senang ke..renyah ke buat kuih ni..selalu SA pi sarapan kat mana- mana tercari- cari kuih ni..payah plak nak jumpa...

SA nak suruh adik SA si Lisa buat la...dia pandai skit bab- bab kuih ni...



Kredit gambar kepada owner resepi

Resepi kuih tepung bungkus.

Bahan- bahan

2 cawan tepung beras*

1sd tepung gandum*

1sd tepung jagung*

2 cawan santan pekat*

3 cawan air*

5 pelepah daun pisang di layurkan dan dicarikkan ikut size yang dikehendaki

Sedikit garam*


Inti kelapa ( ni x tau plak camne nak buat, ada jual yg dah siap ke?)


Cara masak

Campurkan semua bahan bertanda * 

tapis dan masak hingga pekat berkilat.

bungkus kemas dan kukus lebih kurang 10 minit


Tips.

Bungkus semasa adunan panas.kalau adunan dah sejuk susah nak bentuk.

Panaskan adunan semula bagi suam2.


Kredit  FB zanariyah


5 comments:

  1. Salah satu kuih feberett jga ni
    Ada pokok pisangg senang blh selalu buat he hee yg penting intinya dan rasa lemak wahhh x cukupp satu mknnya

    ReplyDelete
  2. selalu makan di mesyuarat PIBG sekolah agama. ala2 kuih koci, tapi bukan koci. sedap.

    ReplyDelete
  3. mak & abah Ana suka sgt kuih tepung bungkus ni! sedapppp hehe

    ReplyDelete
  4. Tepung bungkus memang sedap.
    Rasanya yang lemak manis tu taka cukup makan sebungkus.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah