Friday, January 17, 2025

Resepi & Cara-Cara Masak Daging Merah Ala Kedai Thai

Assalamualaikum...

Kalau makan kat kedai tomyam, x sah kalau x order daging masak merah kan? Nak masaknya mudah aje sebenarnya..kat bawah ni SA sharekan resepi dan cara-cara memasak..SA ada buat sikit baru - baru ni tapi sebab dah lapar sanagt lupa plak nak amik gambar..masak untuk 2 orang je dengan baki daging yang SA beli sebelum ni...resepi SA ambil dari group FB...

Jom tengok resepi...


Credit photo to Google.com


Cara-cara masak Daging Merah Ala Kedai Thai

Bahan-bahan:

  • 300g daging
  • 70ml air rebusan daging
  • 10ml pewarna merah
  • 3g bawang putih dicincang
  • 150g bawang besar dihiris
  • 10g cili api
  • 15g cili merah
  • 20g sos tiram
  • 2 sudu besar Cili Sos (jika suka)
  • 1 Kiub Pati Lembu Knorr Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • 70g kacang panjang
  • 70g lobak merah
  • 1 paket baby jagung


Cara penyediaan:

1. Lumurkan pewarna pada daging ( biarkan 1/2 jam supaya warna melekat pada daging)

2. Rebus daging sehingga empuk.

3. Panaskan minyak sedikit, tumis bawang putih.

4. Masukkan daging. Kacau sebati dahulu.

5. Masukkan sos tiram, Kiub Pati Lembu Knorr dan air rebusan daging.

6. Kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,baby jagung, bawang besar dan cili.

7. Masak sehingga naik bau.

8. Hidangan siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.


Credit resepi : Group FB Menu Kampung Latest 2025


4 comments:

  1. lama x order yg ni..selalu order sup thai yg masam2 tu...Thailand dah panggil tukang2 masak balik ke negara mereka...huhu...kena belajar sendiri masakan Thai..

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik resipi ni. Boleh lah cuba nanti. Salam kenal, jemput follow blog baru saya ya.

    ReplyDelete
  3. menu wajib bila pergi kedai tomyam hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedap ni... Pernah juga try masak sendiri, mmg puashati la makan kan...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah