Assalamualaikum...
Bila dah start bawak bekal semula pi office ni, mula la mengumpul menu yang senang- senang untuk pelbagaikan menu bekal..jalan- jalan di FB ternampak ada yang kongsi resepi menu ayam ni. Tengok bahan dan tengok cara senang aje...terus copy dan share kat sini...macam biasa la credit pada owner resepi di hujung entry...
credit gambar to pemilik resepi
RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
Bahan-bahan :
- 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
- 3 biji bawang merah (sederhana besar)
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci belacan
- 4 biji lada merah
- 6 biji cilipadi
- 1 atau 2 keping Asam keping
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 btg serai diketuk
- Hirisan bawang besar
- Minyak utk meggoreng
- Garam gula / gula merah (jika suka)
Cara :
- Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah dan bawang putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
- Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana)
- Goreng hingga naik bau
- Masukkan sedikit air supaya tak kering sgt
- Masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah,
- Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi..
- Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan..
- Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.
Done!
Selamat Mencuba.
Credit Pemilik resepi : @angelic.argan
Nampak resipi ni boleh cuba juga. Tq SA share.
ReplyDelete