Wednesday, January 29, 2025

Popia Pergedil SA's Version Sempena CNY...

 Assalamualaikum..

Punya la semangat nak buat "Pogedil" a.k.a Popia Begedil..SA kirim kat Dania beli bahan-bahan...balik kerja semalam dalam kul 8 lebih SA dh buat intu dia dh...laju je buat dengan bantuan Dania...terima kasih duhai anak..dah boleh harap ringankan kerja mama..sambil-sambil kemaskan bekas2 bahan yang dh guna...Dania jugak tolong gorengkan kentang...lepas tu SA blend guna food processor...

Sayangnya food processor  SA teebakar selepas dah blend kentang...bahagian motor dia teebakar...keluarkan bau hangit dan berasap..sayangnyaaa...kena la cari food processor  lain..itu hadiah kahwin tu..takpe la sampai situ je rezeki kami pakai...

Jom tengok bahan-bahan dan gambar..


Dari atas bawang kecik untuk di goreng, daun bawang yang dihiris, 1/2 biji bawang holland untuk menumis daging, cili besar potong dadu, kentang SA hiris dan goreng..SA guna 12 biji kentang kecik2 je , campur semua bahan gaulkan dan campur sebiji telur ayam..


Minced meat SA guna jenama Ramly
Tumis bawang dan cili besar sampai naik bau  dan masukkan daging...gaul dan masak sampai daging betul2 masak..


Inti dah sejuk atau suam boleh la gulung pogedil td..tengok gambar ye..cara-caranya


Goreng 10pcs Dania goreng utk testing...nak goreng pecahkan telur letak sedikit garam, pukul telur macam nak buat telur dadar, celupkan pogedil dan gorengkan dalam minyak yg cukup panas, api kecil aje ye...kena pandai kawal api dan minyak panas...okeh..Dania lulus goreng Pogedil while SA terus melipat popia tuh....12 biji kentang dapat 46pcs Pogedil....

Cili kicap....goreng 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang kecil, cili thai merah 10 biji, cili akar hijau 10 biji dan sedikit belacan...blend dengan kicap manis..perahkan sebiji limau kasturi..balancekan rasa...


Dah siap...

Sedap makan untuk sarapan pagi atau minum petang...sedap..puas hati makan...suami ckp boleh open order kalau siapa nak beli..eh..eh... sabar jer la...baru cubaan untuk.makan sendiri...kalau nak jual siapa nak tolong SA....kan?


7 comments:

  1. Linda suka tahu begedil.. Tapi, malas nak buat.. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Selalu beli je nak makan ni. Sekarang lama dah takde kat kedai biasa tu. Nampaknya kena tiru resipi kak SA ni boleh buat nanti.

    ReplyDelete
  3. Kak saaaaa, thank youuu resepnya. Nak buatlah saya. Dah di save resep ini 😍😍😍. Tinggal cari kulit popia nya dulu

    ReplyDelete
  4. Ya ampun!
    Sedap sangat ni SA. Terliur tengok.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah