Assalamualaikum.....
Betul kan?
Kadang-kadang, kita kongsikan cerita kepada orang yang kita percaya untuk lepaskan stress, orang yang kita anggap kawan, orang yang kita percaya.
Namun, tidak semua orang yang kita percaya itu benar-benar ikhlas.
Ada yang mendengar bukan untuk memahami, tetapi untuk menyimpan cerita kita sebagai senjata.
Berhati-hatilah, kerana kepercayaan itu mahal harganya, dan tidak semua orang layak memilikinya.
Apa yang anda kongsikan dengan mereka boleh menjadi bahan gosip atau punca fitnah.
Jadi, simpanlah sebahagian kisah hidup anda untuk diri sendiri.
Bukan semua cerita perlu diceritakan, dan bukan semua telinga sesuai untuk mendengar.
Ingatlah, privasi adalah perlindungan.
Apa yang orang tidak tahu, mereka tidak boleh hancurkan.
Credit to : FB Public Health Malaysia
Betul sangat kak.. Nie sekarang pun rase tak best.. Kita tolong orang, tapi orang kata kita plak yang lebih2.. Haisyhh
ReplyDeletesetuju!!
ReplyDeleteAgree kak. Saya sejujurnya utk yg betul2 private, tak nak bagi tahu sesiapa. Bahkan suami tak semua tahu ttg hidup saya. Ada yg saya rahasiakan. Better kita mengadu kat Tuhan sajalah.. tak payah dengan manusia. Kdg silap2 dah beredar beritanya kemana2
ReplyDeleteAgreed!. Apa yg org tidak tahu org tidak boleh hancurkan. Stay low key.
ReplyDeleteYa SA, Sis dah kena banyak kali so memang agak trauma kalau nak bercerita gan sapa-sapa.. berhati-hatilah ..
ReplyDeleteAyat ni betul. Dia gunakan balik untuk menjatuhkan kita. Jadi berhati-hati sebelum bercerita. Tak semua nampak baik di depan akan baik juga di belakang kita.
ReplyDeleteBetul semua tu SA.
ReplyDeleteso true!!!
ReplyDelete