Assalamualaikum...
Ya allah penatnya...10.30am SA dan keluarga kat KPJ Muar..11.30am baru boleh masuk berdua bergilir gilir tengok Angah....allahu kesiannyq tengok dia..termengah-mengah nak cakap dan oksigen sentiasa on...pukul 12 kami dah gerak ke rumah Angah x jauh dari hospital, ambil barang segala keperluan dan Angah akan di transfer ke Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Angah di transfer ke sana kerana takde doktor pakar jantung di KPJ Muar...
Beramai-ramai lah kami ke Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka...dalam perjalanan kami bersaing dengan Ambulan yang membawa Angah ke hospital...maknanya Angah sampai dulu dari kami...
Tampak kerisauan di wajah Pak Zain...sebabnya Angah ada mention doktor cakap maybe ada blocked pada jantung Angah...SA dengar tu terus risau..tapi memang nampak Angah x kuat dh...mengah dan susah nak ambil nafas...allahu...sebelum ni arwah Mak...ni Angah plak..padahal Angah tu sangat menjaga diet dan pemakanan..pun boleh kena...risaunya SA...
Ni masa kat emergency nak ke Ambulance
Dalam pukul 1 lebih dah sampai Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka...Wife Angah terus ke bahagian pendaftaran di Emergency. Kami semua berkumpul di ruang menunggu..
Dalam pukul 2 lebih PZ cakap dia lapar..So SA dan suami bawak PZ makan kat food court...PZ aje makan sebab SA dah makan nasi goreng masa kat rumah Angah...lepas tu pergi solat. Hospital ni baru rasanya sebab sana sini masih renovation...
Sedih tengok wajah PZ yqng dimamah usia...malam semalam PZ langsung x boleh tido..dh tengok satu-satunya anak lelaki dia...baru dia lapar nak makan...
SA balik tadi gerak dari hospital jam dah 4.30pm..
Dalam perjalanan singgah hentian Senawang solat asar, lepas tu balik rumah...tepat pukul 6.00 petang sampai rumah..SA x rehat terus masak nasi, masak lauk, masakkan ikan untuk brown...suami pun terus pi buat kerja dia...malam nanti baru dia balik...semalam dh cuti seharian...
Baru sekejap SA dapat update dari adik ipar SA...Angah x perlu pasang stent, blocked di main salur darah dh takde, asbab dia diberi ubat untuk cairkan darah...allahu...Alhamdulillah syukur ya rabb...leganya hati...risau SA tadi sebab Angah dah minta maaf tadi sebelum dia buat procedure petang tadi...menangis PZ atas tikar sejadah..syukur.....Angah kena banyak rehat la lepas ni....
Alhamdulillah. shafahullah utk Angah
ReplyDeleteAlhamdulilah.... semoga diberikan kesembuhan yang sepenuhnya buat Angah
ReplyDelete