“BILA CINTA TAK CUKUP”
Aku ni jenis perempuan yang tak banyak kerenah. Dari awal kahwin, aku tak pernah berkira dengan suami. Apa dia nak buat, aku sokong. Duit aku, duit dia. Duit dia… hmmm, duit dia jugak. Aku tak kisah. Asalkan rumah tangga bahagia.
Sampailah satu hari, ada nombor tak dikenali WhatsApp aku. "Assalamualaikum kak, saya harap akak izinkan saya nikah dengan suami akak. Kami saling mencintai."
Aku baca mesej tu banyak kali. Rasa macam mimpi. Tapi bila aku tanya suami, dia tak menafikan. Dengan muka selamba, dia cakap, “Ya, saya nak nikah dengan dia.”
Aku tarik nafas panjang. “Bagi aku tiga hari.” Itu je yang aku minta.
Tiga hari kemudian, aku ajak suami dan perempuan tu duduk semeja. Restoran mahal, makan untuk tiga orang dekat RM200. Aku biarkan mereka makan dulu. Senyum-senyum, suami aku bukan main lagi—mungkin ingat aku ni bakal madu yang sporting.
Habis makan, aku susun pinggan ke tepi. Aku tenung perempuan tu dalam-dalam. “Betul ke awak nak kahwin dengan suami saya?”
Dia angguk sambil senyum simpul. Amboi, bukan main manis muka dia.
Aku tarik keluar slip gaji suami dari dalam beg. “Gaji dia RM800. Lepas tolak itu ini, tinggal berapa? RM200? RM100?” Aku tolak ke arah dia. “Dengan duit ni, awak nak makan apa? Nak beli pampers anak awak? Nak bayar bil? Awak tahu ke selama ni, rumah atas nama siapa? Kereta? Motor?”
Aku keluarkan semua dokumen—semua harta atas nama aku. “Suami saya ni tak ada apa-apa. Selama ni saya yang tanggung. Awak betul ke nak kahwin dengan dia?”
Aku lihat senyuman di muka dia makin pudar. Aku tak habis lagi.
“Itu baru zahir. Batin awak dah tanya? Dua minit cukup ke? Sebulan sekali mampu ke?”
Perempuan tu terdiam. Suami aku pun tunduk. Aku sambung lagi, “Kalau lepas ni awak masih nak teruskan, tak apa. Tapi ini makanan tadi, awak bayar. Kereta kat luar tu, saya punya. Balik nanti, awak cari Grab.”
Aku bangun, capai beg tangan, dan terus keluar tanpa toleh belakang.
Esok pagi, suami aku menangis, mintak ampun. Katanya, dah tak jadi nikah. Perempuan tu pun WhatsApp, katanya dia tak sanggup. Minta maaf.
Aku senyum sinis. "Bagus. Baru tahu cinta saja tak cukup."
Kalau selepas ni dia buat hal lagi, aku dah ada rancangan. Aku akan frame slip gaji dia, tampal kat dinding rumah, bilik, dapur, toilet—kalau boleh buat profile picture WhatsApp, lagi bagus.
Baru padan muka.
Sejak hari tu, aku buat hidup aku macam biasa. Aku tak meroyan, tak menangis meratap. Buang masa je. Kalau dia nak aku lagi, syukur. Kalau tak, aku pun tak hingin.
Aku ni dari dulu bukan jenis perempuan yang harapkan lelaki seratus peratus. Duit skincare aku, aku bayar sendiri. Duit supplement kulit aku, aku beli sendiri. Tak pernah mintak duit dia. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri.
Sebab aku tahu satu benda—kalau aku tak sayang diri aku, siapa lagi?
Lelaki boleh datang dan pergi. Tapi aku tetap aku. Tetap lawa, tetap bersih, tetap bersinar. Tak perlu tunggu sesiapa untuk buat aku bahagia.
Kredit : tierasyaaa
Kalau la ramai wanita yang dianiaya rumahtangganya, disondol suaminya oleh penyondol atau suaminya curang main kayu tiga..rasanya boleh praktik kan cara macam ni..kan?pendapat SA la...sebabnya memang betul..zaman sekarang dengan cinta je tak boleh bahagia ye...kewangan kena cukup dan serba serbi kena cukup...ni suami nak berkahwin dua tapi tak mampu dari segi financial dan sebagainya hanya kerana cinta...memang tak cukup ye...cinta tu sekejap aje...bila keperluan x cukup berkuranglah cinta, porak peranda rumahtangga...kan?
Jauhkanlah kita dan keluarga kita dari masalah ini...