Thursday, December 26, 2024

Soodap Fish n Chip Dublin Sg Tangkas Kajang

Assalamualaikum...

Mula-mula kenal dengan Fish n Chip Soodap ni masa Family day hujung November lepas...since that dah jatuh cinta dengan kesedapan Fish n Chip ni...Fish n Chip mana-mana pun sama aje kan tapi yang keluaran Soodap ni memang sedap lain dari yang lain..kalau makan kat restoran2 harga paling mahal pernah cecah RM30 tapi yang ni harganya RM13.90 siap dapat 3 keping ikan dan tar tar sauce yang sedap....

SA dan suami ke Sg Tangkas nak repeat order, kami sampai je tengok mak aiii ramainya beratur..sorang beli sampai 7 kotak, 5 kotak. .dan ramai yang datang dari jauh ye...Soodap stall ni cuma gerai biasa je...dikendalikan oleh bekas Chef yang mempunyai pengalaman bekerja di Dublin selama 18 tahun...suka tengok dia manage dapur dan pekerjanya...nampak professional  di situ sambil menyantuni customer...x lekang dari mulut dia ucapan terima kasih














Mulanya suami beli 2 packs, apple crumble  dan sambal Dublin...lepas tu SA tengok dah xde orang  beratur SA suruh suami beli lagi 2 pack..nak bagi PZ dan adik SA si Lisa...

RM13.90 Fish n Chips  dengan portion besar macam ni cukup buat SA kenyang sampai ke pètang ni..memang dh x leh makan benda lain dh ni...kenyang betul ni..

Nanti boleh repeat  lagi la tunggu Nia balik...tapi kalau nak pergi kena hari biasa dan sebelum pukul 1pm..kat area Sg Tangkas ni banyak stall2 orang meniaga macam-macam makanan...sebabnya lokasi strategik...berdepan dengan UKM Bangi...no wonder ramai student jadi customer tetap Fish n Chip ni...selain Fish n chips diorang pun ada jual Chicken Chop dan ada beberapa lagi item...

Korang kalau nak beli boleh la Waze ke Soodap Fish n Chips...tiada pembelian melalui FP, G atau SF demi menjaga quality makanan yang dijual...itu apa yang diberitahu pada SA la..betul atau tak info ni..wallahualam...

6 comments:

  1. oh utk take away je ke? ingat dia ada restoran bagai. hari ni otw balik karang kalau sempat kitorang nak singgah gaklah. Dah alang-alang husband dan anak-anak dtg jemput ammi kat office

    ReplyDelete
  2. murah dah harga nya SA, haha baca notis tu bagus sangat hari Jumaat waktu solat untuk pelanggan wanita sahaja , terbaiklah :)

    ReplyDelete
  3. SA dah repeat ye...
    PH pun dok teringat² juga ni tp takde keperluan nak ke belah² sana buat masa ni. Kalau semata² nak gi beli F&C je idaklah EH nak layan 🤭

    #abaikan komen yg first tadi, tertekan publish sblm sempat tulis habis 😂

    ReplyDelete
  4. Besarnya fish fillet dia.. berbaloi kalau mcm tu portionnya

    ReplyDelete
  5. waaa nampak sgt sedap laaaa. terliurrr

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah