Monday, December 9, 2024

Solat Di Masjid Al- Azim Melaka

Assalamualaikum...

Kami 4 beranak decided nak solat Zuhur di Masjid Al- Azim Melaka memandangkan dah masuk waktu Zuhur...

Ini kali pertama kami singgah solat di sini... Masjid Negeri Al-Azim mula dibina pada 14hb. Mac,1984. Batu asas dan arah kiblat diletakkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada ketika itu Datuk Seri Mohd. Adib bin Haji Adam. Seterusnya disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd. Rahim bin Datuk Thamby Chik hinggalah masjid ini siap dan dirasmikan pada hari Jumaat 20hb. Zulhijjah 1410 (H) bersamaan 13hb. Julai 1990 (M) dalam suatu upacara yang bersejarah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Masjid ini memuatkan jemaah berjumlah 11,700 orang.

Reka bentuk bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat sebanyak tiga lapisan. Puncak bumbung mengetengahkan konsep berkubah yang berlainan daripada bentuk puncak di kebanyakan bumbung masjid-masjid lain di Melaka. Setiap hujung pada tulang bumbung terdapat ukiran sulur bayung yang menjadikan masjid ini bertambah unik. Bentuk tersebut seolah-olah genggaman tangan semasa bertahiyat di dalam solat. Menara masjid ini dibina berbentuk segi lima yang melambangkan rukun Islam. Ia berketinggian 57.3 meter atau 188 kaki. Pada puncak menara terdapat sebuah kubah yang menyamai bentuk dan warna kubah utama masjid. Selain menjadi tempat pancaran suara, menara ini dianggap menjadi mercu tanda kepada Masjid Al-Azim.

Kredit Info Portal SISMIM


Luas kan Masjid Al -Azim ni..


Masa ni panas terik..SA plak x pakai stokin..membara panas tapak kaki SA...perit uiii....


Seronok dapat solat dalam masjid yang besar betul ni...sejadah SA pemberian kawan yang balik dari Umrah bulan 7 hari tu kot..SA jadikan sejadah travel..senang..


Ni bahagian solat wanita...besar kan?


Hati terpaut dengan ukiran Masjid ni...


Seperti Info di atas..memang Masjid Al- Azim ni sangat besar...

Kesian Pak Zain berjalan jauh...tu la suruh bawak tongkat x nak bawak...dia nak biasakan x pakai tongkat..PZ lambat keluar dari masjid...masa suami cari dia..dia sedang berdoa...PZ kalau berdoa memang lama...

Sampai aje kat kereta dia sampaikan la rasa teruja dia dapat solat kat Masjid Al- Azim ni...besar betul masjid ni...jenuh dia pusing keliling cari tempat wuduk jemaah lelaki...Insyaallah...mana- mana kita pergi berjalan nanti kita pasti singgah Masjid untuk berhenti solat...

Pak Zain request nak solat kat Masjid Crystal plak...mak aiii....itu plan tahun depan la..SA cakap abah kena kuat dan sihat betul-betul baru kita pi Pantai Timur plak..tapi bukan musim tengkujuh ye...


7 comments:

  1. Nieyl pernah singgah masjid ni dan solat dalam ni ..bersih dan besar..

    ReplyDelete
  2. cantik dan luas masjid ni. nampak tenang sgt :)

    ReplyDelete
  3. Pernah solat masjid ni. Kalau masjid ni mesti cakap dengan Dania masjid yang kubah tu ada budak tu. Kalau perhati kat bumbung hijau paling atas ada kepala budak dengan 2 mata pakai ketayap. Ketayap tu kubah kecik warna kuning.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Masjid besar negeri Melaka.

    ReplyDelete
  5. gi solat kat masjid kristal balik hari jelah atok...mintak anak menantu sponsor tiket kapal terbang

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm pernah singgah masjid ni jugak..cantik

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah