Assalamualaikum...
SA dan Suami memang suka JJCM, Food hunting kat mana- mana yang berdekatan dengan kami...baru- baru ni kampi ke PD semata- mata nak sarapan. Korang kalau jenjalan kat PD wajib datang Kafe Kampung Kaw ni.. Memang Kaw makanan2 kat sini.. Ni SA cuba beberapa menu yang ada kat Kafe Kampung Kaw ni..Cumanya Dania takde kali ni...Kami sampai pun dah penuh kereta kat parking..kena la parking jauh skit atas bukit..berjalan la kami sikit ke kafe ni...
Makanan di sini, kebanyakannya adalah menu masakan kampung yang dimasak dengan sedap. Makan di sini sangat selesa dengan suasana yang santai dan sedap mata memandang. Banyak pokok dan terasa santai sungguh.
Antara hidangan yang menarik perhatian di sini adalah nasi lemak kambing bakar dan juga "kuih gemuk" a.k.a roti puri yang dimakan dengan sambal. Roti puri itu memang gebu dan sambalnya juga sedap. Masa kat sini ramai yang order Roti Puri ni..SA x order sebab x rasa nak makan roti puri..
Masuk ke kena tunggu depan kaunter, petugas akan check tempat dan berikan kebenaran masuk mengikut giliran..
Antara menu- menu...bila dah dapat meja, kita akan diberikan buku menu dan list makanan..tanda dan panggil petugas untuk order..
Kuasa viral di Tik Tok maka penuh sentiasa..
Ini paling da'bomb la...mushroom soup dan garlic bread, x cukup ye garlic bread tu..order lagi..
Next time kalau datang lagi kena order 2 set..x cukup share berdua..sebab mushroom soup dia sedap betul guna wild mushroom..homemade ni bukan mushroom soup dari dalam tin..
Sedang elok kepekatannya...rasa memang wow...
Suami amik nasi lemak ayam..mulanya nak order yang goreng- goreng..sekali tengok waktu menunggu 30 minit..kami tukar ke nasi lemak
Nasi lemak paru SA punya
Suami kalau makan nasi lemak memang akan guna tangan
Silau la...
Okey la ni...dah duduk menghadap silau kan
Kopi 434 susu untuk En Suami..SA amik Indocafe kosong
Ni garlic bread yang additional...
Dah makan...bayar kat sini...kita kena alert takleh nak berlama- lama sangat, kesian kat orang yang beratur menunggu tempat kosong..
Total damage makan berdua..RM42.60
Korang kalau ada kat PD dan nak cari tempat sarapan yang sedap, boleh la cuba makan kat Kafe Kampung Kaw ni...SA recommended kat korang...harga standard la, masih ekonomi pada SA..SA perasan yang datang kafe ni semua orang luar yang becuti kat PD...
Kafe Kampung Kaw
PT3038, Jalan Hj Sirat,
Kampung Baru,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Isnin : Tutup
Nampak semua sedap-sedap yaa..
ReplyDeleteSuami Sis pun sejak ni suka jjcm, ada jerr dia bgtau kedai makan TikTok .. Sis sendiri blogger pun takde nak kejo viral hahahaha
Patut la familiar bila SA letak sini. Rupanya pernah sampai juga sini. Yg memperkenalkan tempat ni suami sebab dia pernah pergi dengan gang2 motor dia jadi dia bawak isteri dan anak mai sini.
ReplyDeleteNyum!!. Lapo terus tgk menu2 SA ni. Kemarin mkn mushroom soup juga tapi kat kedai arab, malangnya kurang umph, termasin.
ReplyDeletenampak sedap2 belaka menunya tu
ReplyDelete