Assalamualaikum....
Alhamdulillah kita sampai di hari ke 365 di tahun 2024, sedih plak rasanya nak tinggalkan 2024 yang penuh dengan cabaran dan kesedihan...tahun yang banyak mengajar SA erti ketabahan...bukan senang nak bangkit semula dari sebuah kehilangan...saat- saat getir dalam hidup SA sekeluarga...Diuji dengan suami kehilangan kerjaya di Singapore, kontrak tak sambung dan sekarang slowly membina semula kerjaya..moga ada rezeki...
Hari ini SA ambil peluang sarapan dengan suami di Kampung Baru...mulanya nak makan kat Nasi Lemak Wanjo tapi bila dah sampai ternampak plak kedai lain...lupa plak nak ambil gambar depaan kedai...lepas tu x ingat plak nama kedai..
Jom tengok gambar yang sempat SA snap...
Abaikan muka SA yang x sempat nak mekap tu...SA sambung tido dalam kereta tadi...nak pergi kerja naik bas suami x bagi...dia nak hantar...ingat nak terus ke office..tapi pergi plak sarapan dulu...erm..belasah jer la x sempat mekap...
Pilihan SA mee goreng dengan sambal paru dan telur goreng, air nescafe O kurang manis, suami amik nasi goreng dan telur rebus serta nescafe tarik kaw...x lupa bingka ubi favourite suami...satu kesilapan bila SA mintak tambah sambal nasi lemak...pedas giler ko....pijar bibir SA dibuatnya....
Last sarapan hari ni...lepas ni suami cakap dia nak buat IF, SA plak nak start puasa Khamis nanti...ada 4 hari lagi nak ganti dan insyallah kalau diizinkan SA nak terus buat puasa Isnin dan Khamis...sampai Ramadhan nanti...Sabtu Ahad plan suami nak briskwalk...ok...kita tengok macam mana plan dia...jadi ke tak..atau briskwalk atas katil je....muahahahahahaha....
Apa Azam Tahun Baru korang?
Mind to share?
SA setakat ni ada 3 je dulu...
1. Nak Zero Online Shopping
2. Nak solat di masjid2 besar x kisah kat mana dan negeri mana...kalau dapat satu Semenanjung ni...
3. Nak simpan duit nak buat kepuk arwah Mak
Lain- lain tak tau lagi la...Nak Kurus tu every year ada dalam list...ntah bila nak tercapai tak tau la...malas dah SA nak fikir...biar la..asal sihat sudah la...kan?
Insha Allah yang baik-baik saja untuk akak sekeluarga di tahun 2025. Happy New Year!
ReplyDeleteAkak pun suka bingka ubi, tu nampak macam lembut je.
ReplyDeleteSuka azam SA no 2 tu... asbab azam nak solat di masjid-masjid besar dapatlah berjalan jauh nanti.
Moga rezeki SA dan suami akan melimpah ruah.
Azam akak memang betul-betul nak turunkan berat bak SA tulis tu.. every year pun nak kurus tapi entah tahun bila nya nak betul-betul kurus huhu...
Sedapnya menu semua tu. Last day 2024 dah ni. Moga SA dan family sihat ceria selalu.
ReplyDeletewaaa nampak sedap segala lauk pauk nya kak... moga tercapai azam tahun baru akak
ReplyDeleteBanyak pilihan menunya, tak dan milih gini semua menyelerakan.
ReplyDeleteNamun, saya akan cari siklemak singgit juga, dgn kopi o tanpa gula.
Banyak lauk pauk tu sampai confuse nak makan apa la ya....
ReplyDeleteAgak dah, mee goreng pilihan hati. Kita pagi tadi cari mee goreng jugak tapi tak ada.
ReplyDeleteselamat tahun baru 2025 kak...moga semuanya yang baik2 nanti kan kak...
ReplyDeletetengok gambar first tu dah agak mesti akak pilih mee goreng hehe
Selamat tahun baru....tahun 2024 memang banyak suka duka silih berganti...mudah"an tahun depan lebih baik lagi buat kita semua..amiin.
ReplyDeleteMacam sedap-sedap je food kat sini Kak SA...
ReplyDeleteAamiin, semoga yang baik-baik untuk Kak SA sekeluarga...Aamiiin...
Selamat tahun baru...
MZ doakan semoga semua azam SA dpt direalisasikan..aamiin
ReplyDeletesemoga semua azam kak SA tercapai..aamiin
ReplyDeletemeriah nya menu kak... dappp
coffee yg ayu beli pagi tadi tu area ainsdale...sri pinang..sbb myeg kat situ kena gi amik exam Ian tu..
ammi gi kerja semalam, beli tiket bus pkl 6.15 tapi pkl 6.45 baru dapat naik bus. bus tak ada. nasib baik juga pukul 7.45 dah sampai KL.
ReplyDeleteazam? ammi jarang tanam azam sebab asal tanam je ammi lupa "tanam" kat mana hahahahha.
Malam tadi baca sepintas lalu bila entri melintas kat Google..hari ni vaca lagiðŸ¤
ReplyDelete