Assalamualaikum...
Sebelum wujudnya chocolate yang perlbagai jenama baik yang murah mahupun yang harga kayangan, zaman kecik SA hanya kenal choc Van Houten..inilah choc paling sedap bagi SA...lama dah SAa x jumpa choc ni sampai lah baru ni suami belikan untuk SA satu pek ni...alahaiiii....sweet betul awak eh en suami...SA kebetulan ada cerita pasal Van Houten ni dan ianya memberi nostalgia buat SA ...x sangka ada kat 7 Eleven dan tengah promosi masa ni...
Sedap...masih sedap sama macam sebelum ni....dulu masa sekolah rendah..simpan duit belanja semata mata nak beli chocolate bar Van Houten yang kecik..yang besar mahal sangat kan..
Suami tau je SA suka yang ada kacang- kacang ni..padahal wife dia ni tengah control pengambilan kacang...tinggi kolestrol uiii....
Satu pek ni isi x penuh pun..setengah pun tak sampai tapi cukup je untuk SA
Boleh tahan besar size choc- choc dalam ni...almond dalam choc tu pun besar...
Dark chocholate so takde la manis sangat..
Cukup la SA makan choc untuk bulan ni...SA dah manis sangat dah ni...umur- umur macam ni kena kawal pengambilan gula..walau bacaan gula dalam badan SA masih di bawah bacaan 5 yang mana baru ni check bacaan 4.9 sahaja...SA ikut Amy Mama Tisya bawak air putih kemana sahaja dan x order air manis kalau makan kat mana- mana...kalau minum nescafe o SA memang mintak kurang manis atau no sugar terus...
Korang suka choc jenama apa?
Yang jenama C pek biru tu boikot kan..dulu itulah yang SA suka...x beli dah sejak dah kena boikot..
masa kecil dulu abah selalu belikan kami... lepas tu bahagi sama rata dengan adik beradik
ReplyDeleteWahhh...macam kena carik jugak nih hihi...
ReplyDeleteammi tak ingat brand apa masa kecik, tapi kalau beli coklat bar tu mama mesti simpan dalam periuk sebab masa tu peti ais rosak. dan kitorang pulak mama selalunya bagi sorang 2 petak gitulah. Tp paling suka makan coklat bertih jagung Crispy tu
ReplyDeleteMZ suka cadbury yg ada raisin tu
ReplyDeleteLeh geng...ayu pun suka dark choc n suka choc yg ada kacang2 tu
ReplyDeleteMasa kecik pernah makan coklat van houten.. apesal pahit??
ReplyDeleteRupanya coklat masakan, adehhh 😂
Betul SA.
ReplyDeleteZaman Kak Amie kecik dulu memang chocolate van houten ni yang popular.
Saya pun sukaaaa van houten 😍😍😍 memang sedaap coklat dia. Apalagi yg bulat2 ini. Kalo dulu bisa habis banyak sekali makan. Skr tak berani. 3 butir dah maksimal 🤣. Ingat umur
ReplyDelete