Tuesday, December 17, 2024

Mana La Kami Nak Beli Makanan Lepas Ni

Assalamualaikum...

Food court nak tutup 3 bulan untuk renovation start 1/2/2025...lepas ni mana la kami nak beli makanan...bukan apa..food court kat bawah office ni je la tempat tumpuan pekerja sekitar kawasan sini...harga masih relevan bawah RM15..pilihan pun banyak..kalau dulu x banyak yang meniaga..kali ni banyak aje...haih susah la lepas ni...kat luar tu makanan mahal kot..

Tadi SA tanya makcik yang baju hitam tu..SA panggil dia Mak...lepas tu dia pun merungut la..x tau mana dia nak meniaga..memang ramai harap gerai dia je..3 bulan tutup memang terjejas la pendapatan kan...dia kata ada gak mintak kawasan sikit untuk letak meja dan jual makanan bungkus aje tapi x dapat...nampaknya kena la semua bawak bekal lepas ni...hehehhe...



SA beli ni je tadi...mee goreng mamak sebab tersampuk mee goreng SK..


Ni menu semalam, nasi goreng ikan masin...


Kesian la pekerja- pekerja area Plaza Sentral ni....kemana la diornag nak cari tempat makan agaknya...termasuk la SA ni ha...kalau bosan bawak bekal, apa pilihan yang SA ada?


18 comments:

  1. adoi...terus jem pala otak mikir kan...kesian jugak dekat peniaga2 kat situ...semoga dipermudahkan segala urusan ...aamin

    ReplyDelete
  2. alamak...
    mee goreng tu nampak menyelerakan.. yummy

    ReplyDelete
  3. pyh la kalau tak de tmpt nak beli mknn dgn harga reasonable

    ReplyDelete
  4. lupa nak jawab..cup holder tu, leh adjust ngan Ibu.. tunggu Ayu nya siap yer..ayu update lagi. nak gi beli benang ni

    ReplyDelete
  5. bila tmpt mkn slalu bli makanan terpaksa tutup sbb renovation mmg bertabah la kan nk cr makanan nanti sbb harga sure dh mahal

    ReplyDelete
  6. best foodcourt ni...air murah singgit je...siap beli 2 gelas, mula2 makan nasi campur, lepas tu beli kudapan - cendawan goreng & kulit ayam goreng...to kill time sbb nak gi inspect Axiata Tower kul 3...

    ReplyDelete
  7. Kena masak dan bawa bekal hari2lah lepas ini

    ReplyDelete
  8. Macam saya le, kalau kat ofis ni, satu kedai tu je la yang saya pergi.. Melainkan dia cuti.

    ReplyDelete
  9. Pernah beli kat situ, mmg meriahkan food court bawah tu...
    Mgkn boleh propose dekat acik tu, ambil tempahan dari rumah.

    ReplyDelete
  10. Ala.. kesiannya 3 bln tu kalau x dpt meniaga, apa kata kak SA bgtau kat mak tu, suruh dia ambik order je, dia hantarlah kat sesapa yg dh order awal

    ReplyDelete
  11. Adehhh...Susah jgk kalo cafe tutup...Jauh la nk kena cari mkn lunch nnt kalo x bwk bekal.

    ReplyDelete
  12. nampaknya kena grab jela akak hehehe...selain dari bawa bekal..

    ReplyDelete
  13. Lama tu 3 bulan.. kena bawa bekal tiap hari lah eh.. takpun Isnin-Khamis bawa bekal pastu Jumaat rehat lama sikit boleh makan kat luar. Nak grab/FB mungkin sesekali sebab mahal. Takpun minta Mak pack food ramai-ramai order.

    ReplyDelete
  14. payah jugak tu kak, memang takde yang lain la ye nak cari makan nnti. Nak bawak bekal hari-hari kadang muak jugak, idea kadang tepu jugak.

    ReplyDelete
  15. kesian juga kat para peniaga...3 bulan takde income. nak bayar macam2 komitmen

    ReplyDelete
  16. Kesian juga mereka yang terjejas tu.

    ReplyDelete
  17. Memang susah kalo tempat makan biasa sedang renovate ya. Mending kalo ada gantinya, yg sama sedap dan murah. Kalo tak, terpaksa bawa bekal sendiri dari rumah kak 😅

    ReplyDelete
  18. 3 bulan tutup memang lama. Apalagi ramai yang harapkan food court di situ.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah