Monday, December 16, 2024

Hari Pertama Semester 3, Masuk Ladang Kopi Petik Buah Kopi...

Assalamualaikum..

Baru sekejap tadi SA dapat gambar dari Dania. Hari ni merupakan hari pertama untuk Semester 3 dan Dania dah masuk ladang ye...kesiannya anak mama...tak pernah- pernah masuk ladang kan..kali ni..untuk hari ni dimulakan dengan aktiviti memetik buah kopi di ladang kopi...lepas ni akan datang maybe masuk ladang getah dan ladang kelapa sawit plak...menarik kalau difikirkan..sedikit susah untuk anak- anak zaman sekarang sebab diorang bukan membesar di zaman SA..diorang celik- celik mata je dah ada handphone..tapi untuk segulung ijazah..semua tu perlu dihadapi...seronok apa masuk ladang...satu pengalaman yang mungkin anak- anak lain di luar sana tak dapat...

Jom tengok gambar...


Masing- masing focus mendengar penerangan pensyarah, nampak macam Dania sorang aje perempuan



Ooo ada sorang lagi...


Dania sedang memetik buah kopi


SA suruh Dania rasa sebiji buah kopi masak ni...sedap sebab manis..dari biji tu nanti akan diproses menjadi kopi..


Banyak jugak hasilnya...hanya kopi yang masak sahaja dituai dan dipilih atu persatu menggunakan tangan


SA tanya Dania lepas dah petik, buah- buah kopi tu akan dihantar kemana...dia kata tak tau...maybe di jual kot...ye..mungkin dijual hasil kepada peraih? mungkin la kan...lepas tu barulah buah kopi tersebut akan melalui proses pembuatan kopi...sebabnya buah masak yang dah dituai tak boleh dibiarkan lama sebab khuatir akan rosak..sebab tu sejurus selepas dituai perlu cepat diproses.

Nampaknya mama pun turut belajar ni..mama suka je belajar bab- bab perladangan ni...dapat ilmu yang baru kan...harap- harap lepas ni ada update seterusnya dari Dania...seronok belajar boleh buat aktiviti fizikal selain aktiviti didalam kelas aje...kalau ada aktiviti luar best sebab boleh berpeluh...bila berpeluh dah tentu kita sihat kan?


13 comments:

  1. Memang ada bagusnya ya..bisa terjun / praktek ke lapangan langsung, memetik, memproses dan mengolah, belajar dari petaninya langsung.

    ReplyDelete
  2. Menurun PZ la kan kak suka pokok2, tanam2 ni

    ReplyDelete
  3. PH suka sangat petik buqh kopi ni SA! Dulu² keliling rumah ada pokok kopi, tanam utk diproses sendiri kopinya. Pernah la ingat dulu arwah mak guna lesung utk hancurkan kopi, goreng kopi dsbnya.
    Bagus ada subjek ni, boleh anak² sekarang kenal 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Menarik ni petik buah kopi pula. Kalau ada pegawai pertanian best sebab kita boleh tanya. Memang menarik program ni sebab ada aktiviti di luar. Macam Dania saya dah more kepada haiwan pula tapi kena ambil tahu juga pasal makanan haiwan iaitu rumput.

    ReplyDelete
  5. Wah.....makngan suka ni Dania...
    Nostalgia menggamit tengok pic petik kopi...Bagus dapat buat aktiviti yg tak semua orang dapat rasa pengalaman ni

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Dania ada pengalaman petik buah kopi dari pokok . CCL suka kalau time belajar sesekali jelajah dusun-dusun ni at least tak bosan .

    ReplyDelete
  7. Manis biji kopi.
    Teringat dulu waktu pagi naik basikal ke sekolah lalu kebun kopi. Wangi bau bunga kopi.

    ReplyDelete
  8. bestnya masuk ladang. tak ramai bdk2 skrg boleh buat ni

    ReplyDelete
  9. Pengalaman manis ni, tak semua student dapat merasainya.
    Mengimbau pula kenangan lama, dulu arwah nenek ada tanam pokok kopi kat tepi rumah. Akak adalah pengalaman petik kopi.
    Kopi pun nenek buat sendiri tapi masa tu kasar-kasar lah sebab tumbuk pun pakai lesung batu je.

    ReplyDelete
  10. Saya penasaran juga rasa buah kopi secara langsung. Yg belum di roasting. selama ini kan hanya kopi yg sudah digiling yg dicoba 😄. Dah pahit.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah