Monday, December 2, 2024

Dry Run EnviRUNment 2024 Carnival Di Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikum...

Kita mulakan la hari ni dengan cerita Family Day company yang berlangsung pada Sabtu lepas 30hb November 2024...Alhamdulillah  selesai dengan jayanya...tapi hari ni SA nak cerita dry run dulu...patutnya kami semua ada rehearsal pukul 9am, tapi memandangkan cuaca x cantik makanya kami terpaksa buat rehearsal pada pukul 2.30petang...

Kami yang di bahagian registration bantu jugak la apa yang patut...cuaca tak cantik Jumaat tu dan semua perancangkan tergendala...tapi takpe la sempat kami semua meninjau kawasan...memang ini kali kedua SA sampai di Taman Botani Negara a.k.a Bukit Cherakah ni...dulu masa dia mula- mula buka yang siap ada rumah salji dan sebagainya..masa tu SA darjah 5 ke darjah 6 kot...itu la first time sampai...sekarang selepas lebih berpuluh tahun baru sampai semula..












Sempat kami naik tramp / bas yang disediakan untuk melawat kawasan...besar dan luar jugak..nasib SA putuskan untuk tak masuk Fun Run..kalau tak...mustahil SA kerja hari ni...hahaha...banyak facilities dalam TBN ni dah uzur...monyet pun banyak...risau jugak kalau masa Event Sabtu nanti monyet- monyet menyerang memandangkan banyak makanan kan...















 
Penat ye menunggu...

Dengan hujannya...sambil- sambil tu SA posing dulu kat area sawah ni...Dania suruh amik gambar..nanti dah event memang xde masa nak bergambar kan...

Bermacam aktiviti disediakan selain Fun Run, ada telematch untuk pihak atasan, pekerja lelaki wanita, spouse lelaki dna wanita dan jugak anak- anak...

Itu nanti SA citer next story....

Next entry will be entry lunch di Restoran Khalifah, pekena Nasi Kandar..



1 comment:

  1. bestnya dpt menikmati pemandangan sawah padi yg menghijau tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah