Monday, December 16, 2024

Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!

Assalamualaikum...

SA terbaca tentang perkongian ni kat FB subuh pagi tadi sementara tunggu solat subuh...masa baca ni sampai habis SA terbayang masa SA kat dalam ICU sebulan pada tahun 2009 dulu..semua yang di kongsikan ni sama sebijik apa yang SA alami..meremang bulu roma dibuatnya..SA share kat sini sebagai perkongsian kita bersama...semua yang dialami oleh sang pencerita sama dengan apa yang SA alami..

Jom baca...



sumber gambar dari FB


Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital..Sebelum keluar dr hospital bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita pulang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita

“Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!" April 19, 2017

Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.

Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.


KES SATU

Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ***** ******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.

Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.

Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.

Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.

KES DUA

Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.

Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh.Matanya tepatmemandang ke arah aku. 

Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.

“Laa, pasaipa abang pi hembus? 

Sat lagi kecoh wad,”

Tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.

KES TIGA

Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki,rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut. 

Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.

Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.

Bukan kita tengok dan kata pada ayah,“Ayah, mengucap ayah. Mengucap…”sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini.

Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.

Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.

Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.

KES EMPAT

Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.

KES LIMA

Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit. 

Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang. 

Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut.Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.

Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah.

Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.

kredit : Ariff Budiman Zainal Abidin .


19 comments:

  1. Scary pulak cerita ni ya....kenapa hospital ya....sebab ada yang berpenunggu, boleh melihat apa yang tak nampak....apa pun baca apa yang patut bila tiba kat hospital. Scarynya SA kalau pernah jadi....

    ReplyDelete
  2. SA pernah masuk ICU ker...tak semua org ada pengalaman tu...

    ReplyDelete
  3. Seramnya baca. Dah la kerja hosp ni 😆. Cuma tak kerja kat wad la.

    ReplyDelete
  4. Saya baru baca tajuk tau...wsoklah saya baca isinya🏃

    ReplyDelete
  5. CCL pun pernah terbaca kes-kes begini di facebook ..seram juga

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik, walaupun seram membacanya.

    ReplyDelete
  7. Seramnyaa tapi untuk orang yang dah biasa hijab terbuka, dorang dah lali. Share la pulak pengalaman SA.

    ReplyDelete
  8. Scary..Pernah jaga arwah mak & abah dkt wad...Masa jaga arwah mak x rasa apa2..Cuma rasa cemas tiap kali nk masuk bilik air..Pdhal bilik air tu depan entrance je...Waktu jaga arwah abah x rasa ape2 jgk..Situasi sama..Mase nk mandi dekat ward..Mata ni asyik nk tengok siling bilik air je =D

    ReplyDelete
  9. Dana ni pun penakut kak, tapi masa dana duduk ward selama 3 minggu tahun 2022 tu tak terpikir pun pasal benda ini semua. Masa tu takut tapi malam-malam buta pi toilet sendiri, tak boleh tidur merayap jalan kt tepi tingkap tengok luar. Masa tu tak terpikir apa pun. Kita tengah sakit kan, mujur la memang Allah tak bagi nampak apa apa yang menakutkan. Diri sendiri memang pnakut.

    ReplyDelete
  10. Nak baca tengah malam tadi tapi tak berani, cakap dalam hati esok jer baca....
    dah baca, seram juga...

    ReplyDelete
  11. Pernah terbaca pengalaman ngeri begini, dan pernah juga dengar sendiri dari pengalaman orang lain.

    ReplyDelete
  12. aduhhh.. seremmmm..
    Akak pernah baca tentang yang minta mengucap tu... lebih baik kita bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kalau kita minta mereka mengucap takut masa tu mereka dah tak ingat macamana kalimahnya.

    ReplyDelete
  13. Ada orang yg mmg jenis senang nampak macam2 kan...

    ReplyDelete
  14. Kak SA sakit apa saat di rawat ICU sampai sebulan ?

    Thank you sharingnya kak. Saya memang tak bisa melihat hal2 begini, tp dulu salah satu asisten rumah saya bisa. Dan kecoh rumah Krn dia banyak kali melihat hal2 begitu 😅. Di rumah saya ada beberapa menurut dia. Tp tak mengganggu, jadi buat saya okelaah, kita sharing tempat tinggal, jangan ganggu.

    Pas ke rumah mertua, asisten saya sampai lari dari rumah, saya kaget. Pas saya tanya, dia lihat rumah mertua banyak sangat, dan seram semua 🤣.

    Gara2 dia cerita begitu, sampai skr saya tak pernah mampir ke rumah mertua lagi. Rumah tuh dah kosong sebenernya. Krn mertua saya dah meninggal 2-2 nya kan. JD yg ada di sana hanya penjaga yg kita bayar. Utk bersih2 dan jaga rumah.

    Ada teman yg bisa melihat juah, dia memang cakap di rumah sakit banyak hal2 begitu. Krn rumah sakit tempat Orang2 meninggal, sekarat dan lainnya kan. Banyak berdoa dan zikir memang

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah