Wednesday, November 27, 2024

Tips Jimat Cermat SA

Assalamualaikum...

Since ekonomi sekarang teruk kan...korang buat tak perubahan pada perbelanjaan harian atau bulanan korang dengan kurangkan sikit perbelanjaan. Agak- agak membantu tak usaha korang tu?Ada tak lebihan kewangan yang korang dapat selepas amalkan atau downgrade kan barangan yang korang beli?

Kalau sebelum ni SA beli barangan keperluan rumah double dan triple kuantiti, sekarang,SA akan beli ikut keperluan..banag dah habis baru beli, atau dah nampak nak habis baru beli satu..

So ni antara  apa perkara yg SA buat untuk berjimat dengan downgrade few benda kat rumah


1.Balance lauk lunch bawak ke dinner, jangan ngade nak buang or masak lain, balance dinner yg x habis simpan dan bawa ke esoknya as breakfast or lunch. SA harap lebih consistence bawak bekal lepas ni...jimat banyak ye..

2.Tukar sabun basuh yang serbuk mahal ke sabun basuh baju murah skit..macam downgrade jenama Top ke Breeze yang lebih murah..malah ada yang lagi murah macam jenama Toman..alaa..sabun je pun kan..sama je mana- mana jenis..

3.Tukar sabun basuh pinggan Axion RM5 lebih ke sabun harimau kuat eco RM2.40

4.Minum air kosong baik kat rumah mahupun kat opis..sesekali makan kat luar je baru order air sedap

5.Tutup suis semua barang eletrik yg x guna untuk jimatkan elekrik, Aircond pasang bila perlu aje..

6. Sebulan sekali makan di luar atau ada tambahan kalau ada special occassion

7. Sarapan di luar setiap Isnin bila suami hantar pi kerja

8. Start naik bas semula bagi jimatkan kos minyak dan tol, sesekali suami hantar dna jemput bila perlu

9. Beras beli 2 kampit sebulan, sekampit beras biasa 10kg, sekampit lagi beras basmathi 5kg..

10. Amalkan masak sendiri di rumah

11. Tanam sendiri sayur- sayuran

12. Amalkan senarai barang- barang sebelum membeli

13. Jimatkan penggunaan air..elakkan bil air naik tinggi


So kalau belanja bulanan barang dapur..memang dah reduce kuantiti...takde nak beli buat stok ke apa..sebab apa..nak elak membazir especially kalau tiba-tiba apa yag kita beli tu dah expired..kalau beli sayur yang mudah rosak, SA akan terus masak dalam masa 2 hari..sayur habis baru beli lagi..

Setakat ini itu yang SA amalkan..alhamdulillah jimat sikit walau x banyak..so lebihan wang tunai tu boleh simpan dalam akaun kecemasan...time sesak boleh guna...kan?

Macam mana  korang JIMAT? Boleh share?


4 comments:

  1. akak mmg buat semua senarai tu SA. cuma tak tanam sayur je.

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang je macam cara SA jimat ni. Sayur2 ni tak boleh beli dalam kuantiti yg banyak sebab dia tak fresh nanti. Lauk tu pun sama memang tak buang. Akan makan juga cuma kalau sikit tambah la yang lain jugak.

    ReplyDelete
  3. Setkt hari nie.. Tak boleh nak jimat banyak mana.. Sebab anak tengah membesar...

    ReplyDelete
  4. Saya pernah nak berjimat dulu, saya Makan roti wmeal je setiap hari..Pagi, ptg Dan malam pun..sampailah turun berat badan..tapi tuhlah..boring pulak 😂

    Now, pagi bawak bekal, tengahari ikutlah perut kalau tak lapo, tak jejak kantin tu..sbeba pagi dah Makan berat..and lg satu, saya tak bukak TikTok shop..Asyik nak terbelii aje 🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah