Friday, November 15, 2024

Sejukkan Tekak Di Wawasan Cendol Abang Kacak Ipoh

Assalamualaikum...

Idea makan cendol ni bila SA nampak ada basikal roda 3 lama parking betul2 opposite Concubine Lane tu...panas terik kan...SA ingat nak lepak situ je sebab ada kerusi jugak bawah payung besar tapi suami tak nak..alaaa...baru nak rasa makan cendol tepi jalan dan feeling-feeling classic zaman dulu- dulu...mulanya kami teruskan perjalanan dan nak masuk butik What To Wear...sekali nampak kedai besar Wawasan Cendol ni...bunting sama macam kat basikal roda 3 tu...apa lagi...kami masuk la...

Rupanya Wawasan Cendol Abang Kacak ni dah popular sejak 2016 lagi dari twitter. Viral sebab yang mengusahakan adalah seorang ellaki kacak...tapi yang dekat kedai tu macam orang lain je..x sama macam dalam gambar..hehe...

Masuk- masuk je kedai di depan kami terpapar barangan- barangan antik. Pemilik Wawasan Cendol ni collector rasanya...





SA dan suami order cendol jagung ada kacang merah dan Dania order cendol jagung sahaja







Us...


Ramai cakap muka kami bertiga seiras


Cendol SA



Teruja nampak


Tak pandang kiri kanan dah..

Nasib baik cendol dia sedap...

So korang kalau ke Ipoh, boleh masukkan Wawasan Cendol Abang Kacak dalam itinerary korang...worth it la sebab panas- panas boleh minum cendol..cendol sedap plak tu kan...macam- macam jenis cendol ada..nak duduk area SA duduk tu pun boleh dan nak duduk kat bahagian dalam pun boleh...

total damage makan cendol RM21...semangkuk tu RM7 je....


13 comments:

  1. lama tk mkn cendol..sedap tu ada jagung juga

    ReplyDelete
  2. Cantiknya cendol.
    Kelmarin kami menyendol tapi cendolnya berais batu kiub. Adui....rindu cendol Malaya.

    ReplyDelete
  3. Bab seiras tu tang mata tak?. Macam ada lalu juga kat cendol ni tapi tak singgah.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa cendol lama betul tak makan

    ReplyDelete
  5. sedapnya cendol! memang seiras lah tiga2 org ni hehhhe ;) dania manisss i suka tgk idung dania mancung ;)

    ReplyDelete
  6. menariknya kedai ni. klasik sangat.

    ReplyDelete
  7. Part seiras tu akak setuju sangatt...

    ReplyDelete
  8. Lelaki kacak tu dah jadi tokey berjaya.. so dia duduk ofis je 😅
    Manisnya senyuman Dania.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya cendol jagung... Mujurlah tengok entry ni dah mlm, kalau siang mau juga keluar cari cendol 😁

    ReplyDelete
  10. Paling sedap pasti makan cendol di kala panas 😍😍😍.

    ReplyDelete
  11. nampak dah menarik cendolnya tapi lagi ngam kalau pakai mangkuk steel. dulu masa kecik suka makan cendol uncle india kat pasar.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah