Assalamualaikum...
Sampai je kami terus terjah Kopi Buyau, oh ye menjawab soalan MZ tadi..Buyau tu sebenarnya nama salah satu kampung kat area Seri Menanti tu...Kampung tu terletak di belakang Istana Seri Menanti..SA dah jawab ye...
Sebenarnya nak bawak suami melawat Istana Seri Menanti ni...dia x pernah masuk lagi...setahun kahwin x pernah bawak dia masuk ke sana..sekali Istana tengah renovate korang...hahaha..kita minum dan sarapan aje la kat situ bang oiii....
Eh jom la korang tengok gambar...
Order di kaunter dan bayar terus ye...
Kaunter kuih- kuih kampung dan nasi lemak
Deco kat sini more to Vintage ye..banyak pameran barang- barang lama and maybe dijual juga
Dania terjumpa papan congkak ni...complete dengan guli...terus ajak SA main congkak sambil- sambil tunggu order sampai...SA dah hilang skill dh..
Nasi lemak suami makan...Sabtu dah makan nasi lemak..semalam pun makan lagi...xde pilihan katanya...tanya sedap tak?
dia kata sedap lagi SA buat...hahahahaha
Muka orang terpaksa makan nasi lemak
Wafer Dania
SA nak telur setengah masak 2 biji..sekali dibaji set ni ha...mak aii...
Dah order roti bakar 1 set gak
Hazelnut latte SA
Kopi panas suami
Buyau Coffee Dania...menarik...siap ada biskut keping
total damage RM51
Menang ke kalah main congkak?
of course la kalah..hahahaha...
Apapun okey la makan kat sini...lepas kami dah sudah makan tu lagi ramai yang masuk sini...maybe orang- orang luar la..sebab plat kereta semua dari luar...
Lepas tu terus pi recee Buyau Hill’s View Weekend Café. Next time boleh try...
Then terus balik kampung rumah Mak Lang dan Pak Lang...Jumaat ni kenduri doa selamat adik sepupu SA nak nikah so SA sedekah la beras, susu dan minyak masak..Sabtu nanti majlis nikah dan bersanding di Kuala Pilah...Insyaallah SA akan ke sana nanti...
Menarik juga ni. Nanti nak pi holiday n9 la pulak. Sana banyak tempat2 menarik macam ni.
ReplyDeleteayu pun x pernah pi seri menanti..lalu je
ReplyDeleteSeronok jamu selera sambil jamu mata.
ReplyDeleteRamai kenalan saya di Lembaga Muzium Negeri Sembilan..
ReplyDeleteSaya kalo nasi lemak, semua saya anggab sedap 😄😄. Apalagi kalo sambal pedas.
ReplyDeleteDah lupalah saya cara main congkak itu kak 😂. Dulu zaman kecil seringlah. Trus tak pernah lagi 😅
Bila SA mentioned sedekah beras, susu dan minyak masak terus teringat setiap kali kenduri kat rumah mak, saudara mara pun bagi macam-macam bahan untuk dimasak.
ReplyDeleteBelum pernah ke Istana Menanti. Boleh nanti terus JJCM kan.
ReplyDeleteKlasiknya bangunan. Best pulak kalau dapat ke sini.
ReplyDeleteNi Istana Besar Seri Menanti Ezna, Istana lama yg dijadikan muzium...sebab tu nampak klasik
Deletecantik tmptnya ..amboi air dania extra ada sekut lg tu
ReplyDeleteCantiknya istana sri menanti .. reka bentuk yang klasik memang patut dijaga .
ReplyDeleteTengah tunggu makanan sambil main congkak ke tu .. best main congkak ni .kadang sampai ralit dibuatnya