Thursday, November 14, 2024

Resepi Kek Butter Classic

Kek Butter merupakan hidangan paling sesuai untuk dinikmati ketika sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang. Selain itu, resepi Kek Butter mudah ini boleh digunakan ketika nak menyediakan pencuci mulut untuk tetamu yang datang ke rumah.

Tekstur Kek Butter yang lembut dan gebu mulus serta cair di mulut pasti buatkan semua jatuh cinta kan...haaa...kek butter classic macam ni fav suami SA..cuma nak buatnya tu SA kena try and error..cadanganya Sabtu ni nak buat...tercari- cari la resepi yang gunakan bahan yang senang..SA xde Mixer tu sebab susah skit nak buat kek...masa arwah Mak Pah ada dulu ada la sesekali SA buat kek..sebab Mak Pah suka makan panas- panas...


Credit gambar kepada yang empunya resepi

Resepi Kek Butter Classic

Bahan-bahan:


1 cawan butter atau marjerin

1 cawan gula halus

4 biji telur

1½ cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:


1. Mula-mula, putar butter bersama gula dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi sehingga ia bertukar warna putih.

2. Selepas itu, masukkan telur dan putar satu demi satu secara perlahan

3. Seterusnya, masukkan tepung dan putar lagi sehingga sebati.

4. Akhir sekali, boleh bakar pada suhu 180ÂșC selama 40 minit (bergantung pada oven masing-masing).


Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: FB Nurul Aini Mohamed Ali


6 comments:

  1. Kek yang baling sedap dan senang nak buat tapi bila senang tu la tak tahu bila nak buat hehehe

    ReplyDelete
  2. lamanya x baking....memang sedap makan kek bila pans2 tu...aroma dia..emmm...
    dulu masa kat bangkok, rajin baking sbb ada geng nak makan nya..pernah sekali kul 10 malam ayu buat kek, siap hantar kat jiran panas2 lagi..dapp

    ReplyDelete
  3. Paling sedaplah kalau dapat makan butter cake. Lagilah yang baru Kuar oven .. aromanya sangat menggoda!

    ReplyDelete
  4. Memang sedap di makan waktu sarapan ataupun petang..
    Kalau KakSA nak try soft buttercake atau marble cake Aini boleh je roger ya..
    Boleh pos sampai ke rumah KakSA klau nak..hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah