Assalamualaikum..
Lepas je SA settle mendobi semalam, terus la ke lokasi kedai toye yang Dania dah google ada jual kerang rebus...weh..dh kenapa ko ni SA..mengidam macam ada pape je...hahahaha...memang lama dah mengidam nak makan kerang rebus. Asyik tengok kawan- kawan blogger duk up kat blog memasing je..maunya x meroyan jugak...gerak la kami lepas maghrib ke Juriah Tomyam kat Oakland Seremban 2.
Gigih 2 beranak pi cari kan...
Sekali!!!...
Takde uolls....bayangkan betapa sedihnya SA masa tu...selalu SA order air je kalau apa yang SA nak makan tu takde...suami dah risau dah SA dah frustrated..sekali SA nampak ada menu Mee Celup dalam buku menu...SA tanya ada mee celup tak? awek tu cakap ado....terus SA order mee celup satu, nak mee kuning, nak sayur lebih dan nak semua lauk yang ada..hahahaha....Dania dan Suami pandang pelik kat SA...SA buat bodoh je..takde la tunjuk frust tak dapat makan kerang rebus..Dania order french fries je..suami order air x nak makan..
Jom tengok gambar..
Tak ramai masa ni...
Antara menu yang ada kat banner yang diorang pasang..
Dah kenapa suami SA buat muka cenggitu...
ABC x best...xde kacang..xde jagung dan xde macam- macam bahan..
Teh o ais..Dania minum ais kosong..
v
v
v
v
v
v
Ini la mee celup sebenar yang SA idam- idamkan.....dan rasanya sama dengan apa yang SA bayangkan selama ni dan yang pernah SA makan..
French Fries Dania
condiments untuk mee celup
Tak tunggu lagi...kita makan duluuuuu....
hahaha...sempat Dania snap muka teruja SA..ni kalau dapat makan kerang rebus macam mana agaknya rupa kan..
Focus ye...x pelawa pun orang sebelah kiri dan sebelah kanan..
Bukti SA dah jumpa mee celup yang sebenar
Total damage RM20..
Murah kan?
memang la murah sebab SA sorang je makan..yg dua orang lagi tu minum dan makan french fries je..
So..SA balik dengan rasa puas hati serta senyum aje...hahahaha...perangai bini aku ni kan..kata suami SA...
Warga Seremban kalau nak cuba mee celup sedap..sila la terjah ke Juriah Restoran di Oakland Seremban 2..Makanan lain SA x tau la sedap ke tak..tapi dengar khabar sedap...next boleh dinner sini la nanti....
Misi Kerang Rebus GAGAL
Misi Mee Celup BERJAYA...
Nak kerang rebus, mari datang Nilai, ke Adam Seafood Kg Jijan... InsyaAllah sentiasa ada kerang rebusnya....
ReplyDelete