Friday, November 15, 2024

Concubine Lane Ipoh....

Assalamualaikum...

Moh ler kita sambung lagi citer JJCM Ipoh balik hari tu...Lepas duk pusing-pusing...posing -posing Kami bertiga teruskan perjalanan menarik Concubine Lane..masih lagi terjumpa awak yg makan kat Canning Dim Sum..kagum tengok diorang dressing pakai skirt flowy2 ada topi yg macam pakai tepi pantai tu, diorang pose2 tengah panas...huii..kalau SA x gigih de...kami seringkas- ringkas yang boleh...terik betul panas kat Ipoh tu...

Apakah Concubine Lane?
Concubine Lane turut dikenali sebagai Lorong Gundik sebenarnya adalah rumah warisan tinggalan pendatang Cina yang wujud pada 1908. Tak sah berkunjung ke Bandaraya Ipoh jika tidak berkunjung ke Concubine Lane, lorong yang penuh keunikan dan sejarahnya tersendiri. Dahulunya lorong itu dikatakan terkenal sebagai pusat perjudian, menghisap candu dan pelacuran. Malah, ada juga 'taikun-taikun' Cina yang menyimpan gundik atau perempuan simpanan di situ.

Walaupun dipanggil lorong dan kelihatan usang, namun ia adalah jalan utama yang digunakan suatu ketika dahulu sebelum kereta wujud di negara ini. Berusia lebih daripada 125 tahun dan terletak di Lorong Panglima, Ipoh, Perak ia sering menjadi lokasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara bergambar serta berswafoto.




Kebanyakkan aktiviti perniagaan di sini...ada yang menarik dan ada biasa- biasa aje..ada Harry Potter Restaurant ke..studio ke...bleh amik gambar pakai barangan2 yang ada dalam film Harry Potter tapi ada bayaran yang dikenakan la...x sure berapa...




Paneh oiii...berkerut2 muka semua orang



Pilih...pilih...end up x berkenan






Beli la Tanghulu ni...secucuk tu RM8 ye...mintak sebiji kat Dania...manis leting!!!xde la nak makan lagi...



Kami mencuba kuih titisan hujan ni...x pernah cuba tapi tau kewujudannya...rasa? sedap...kuih titisan hujan dimakan bersama serbuk kacang tanah dan disiram dengan air gula melaka..berapa harga sebiji?
RM8 uolls...beli la satu buat ghaso-ghaso dari x pernah rasa langsung kan..namapun JJCM...Yang kelakar mintak Abang Sodok tu ajar camne nak makan..





Dah kata kan..SA dengan art memang x boleh dipisahkan...cantik kan?


Snap beberapa keping


Ntah apa ntah depa ni pandang





Kalau pakai DSLR sure cantik2 gambar kat sini...




 

Selepas tu ke mana kami?

Hari masih pagi dan awal lagi nak pi makan Nasi Ganja...ye plan seterusnya nak makan Nasi Kandar a.k.a Nasi Ganja...restaurant yang sentiasa penuh dan banyak diperkatakan...panas- panas ni sedap buat apa erk...

Jom Menyendol jom....

Tungu next entry ye..

11 comments:

  1. Pernah kesini lepas balik wedding. singgah mencuba kuih titisan hujan dan roti pelangi ( tak tau ada lagi ke tak) tak nampak pula di dalam gamabar.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Seronok sini sis...Che Mek ada ajak sy kesini =D

    ReplyDelete
  3. First time dengar kuih titisan hujan.....
    panas-panas ini cendol lah sedap

    ReplyDelete
  4. Best nya. Pernah dengar kuih titisan hujan tapi belum rasa.

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya kak.... teringin nk datang situ la pulak...

    ReplyDelete
  6. Liez yang selalu balik rumah mertua, tak pergi lagi concubine lane tu. sbb ramai orang terus xjadi pergi

    ReplyDelete
  7. tmpt ni slalu tgk kalo org pi ipoh slalu singgah sini..unik menu kuih titisan hujan tu

    ReplyDelete
  8. memang tempat viral nie...helok lah kak SA pergi hari biasa dan bukan cuti sekolah...takdelah ramei orang

    ReplyDelete
  9. Menarik juga kisah Lorong Gundik tu.

    ReplyDelete
  10. Pakai baju Harry Potter tu Dania ada bergambar. Kena beli minuman untuk setiap orang atau sewa baju Harry Potter RM10. Macam kami pergi, beli 2 minuman dan sewa baju Harry Potter dikira boleh naik atas ke tempat Harry Potter untuk 3 orang.

    ReplyDelete
  11. part panas tu i surrender awal2 laaaa...emm MZ ni zmn2 umur 30s rasanya tak la fussy mcm sekrg..aging factor lah kot

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......