Wednesday, November 27, 2024

6 Tips Merebus Jagung

Assalamualaikum...

Siapa macam SA bila rebus jagung, jangaung tu akan jadi kering or kecut bila dah sejuk. Tak macam beli kat pasar malam..sekali hari tu SA terjumpa ada orang share tips kat group masakan kat FB..so SA copy and simpan kat blog untuk rujukan..

Jom tengok tips ni...sharing is caring kan..



 credit tips dan gambar : Owner FB


6 TIPS MEREBUS JAGUNG..


1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

17 comments:

  1. Tips yang bagus juga ni. Patut Dania dan kawan2 petik jagung waktu pagi. Teringat pulak jagung 'the hulk' yang Dania tanam tu sedap....

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing SA. Sedapnya jagung rebus makan panas2 dengan butter.

    ReplyDelete
  3. Owhhh..mcm ni ke cara rebus jagung yg betul..Maksudnya selama ni sy buat salah...Patut la si jagung mngecut =D

    ReplyDelete
  4. biasa buat letak garam je dalam air rebusan,lepas ni nak cuba follow tips ni la

    ReplyDelete
  5. lama tak beli jagung tongkol gini...slalu beli yang dah siap kopek tu..

    ReplyDelete
  6. Satu lagi Kak SA..masa nak rebus jagung tu kulit jagung tu jangan kupas bagi habis..tinggalkan thin layers...

    ReplyDelete
  7. Thanks info, tuhlah..nak kena guna cara yg betulll.

    ReplyDelete
  8. Untuk aroma yang sedap dan segar, rebus jagung dengan kulitnya sekali.

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba tips nie nanti. Tq kongsi SA..

    ReplyDelete
  10. okey
    lepas ni masukkan garam kemudian...

    ReplyDelete
  11. Oh JD garam terakhir yaa. Selama ini saya masukkan saat msh di rebus. Pantas JD kering 😅

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......