1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
oo byk gak tips nya ni
ReplyDeleteTips yang bagus juga ni. Patut Dania dan kawan2 petik jagung waktu pagi. Teringat pulak jagung 'the hulk' yang Dania tanam tu sedap....
ReplyDelete