Friday, November 1, 2024

Pemenang Top Komentator October 2024

Assalamualaikum...

Macam biasa hari ni SA nak umumkan pemenang top komentator...sekejap aje rasanya dah masuk November. Bulan ni SA busy dengan hal- hal office, dengan family day nyer..dengan macam- macam lagi la..nak cari Airbnb area Shah Alam lagi, sebabnya nanti family day company kat Taman Botani Shah Alam..SA perlu ada pukul 6.30am masa tu...jenuh la...kenapa amik Airbnb x amik hotel..sebabnya nak cari yang ada 2 bilik, kalau hotel mahal plak belanjanya nanti...bukan berkira..sekarang semua kena jimat..tiket bas pun dah naik harga kan...

Eh melalut jauh plak...jom la kita tengok siapa pemenang bulan October ni...


Sebelum tu SA nak maklumkan macam biasa, SA memang akan memilih pemenang yang berlainan setiap bulan..SA akan pilih pemenang lain setiap bulan supaya SA berlaku adil dan konsep yang SA jalankan selama ni adalah semua merasa dan no repeated winner.

Pemenang untuk bulan Oktober 2024 SA pilih di tangga ketiga Blogger RAWIWA ...Tahniah buat Kak Faizahanum Mohd Shohari..terima kasih sebab sudi komen banyak2 kat entry- entry SA..thanks for your effort..kepada yang tak menang..jangan patah semangat..

Pemenang sila emailkan details ke Suriaamanda@yahoo.com.
Tajuk email : Pemenang Top Komentator Oktober 2024

Contest ini diteruskan lagi untuk mencari pemenang November 2024 pula..so korang dh boleh terus komen sampai lebam..bukan tertakluk kepada entry baru 2024 sahaja malah entry lama2 pun boleh komen..

Selamat mencuba..


Bosannya Cuti Deepavali Kami..

Assalamualaikum...

Bosannya cuti kami bertiga, while orang lain dengan aktiviti masing- masing..adik beradik xde yang balik cuti ni...kami tak kemana memandangkan hari ni SA kerja..

Siang kami lepak je lepas sarapan tengok Netflix 3 beranak...Pak Zain pi kenduri mana ntah..kaki sakit pun pergi gak...tengahari baru dia balik..suami kemas hall atas buang apa yang tak patut..kemaskan bilik..suami vacuum bilik gak dan SA masak dengan Dania...

Itu je la...petang baru kami bertiga keluar pi dobi...dobi cadar, toto dan jeans suami...lepak la situ buang masa...sambil- sambil tengok orang main bunga api...sekarang 6.45pm dah gelap kan..so nampak la cantik bunga api tu...




Selfie


Dania meng google kedai yang ada jual kerang rebus


nampak boring betul dah ni..



SA ni teringin nak makan kerang rebus...tapi xde satu kedai pun kat Seremban jual kerang rebus tau...sedih betul hati bila kita nak tu tapi takde...gigih Dania google cari kedai yang ada jual...jumpa la satu kedai kat Oakland..kedai toye jugak la...tinggi harapan SA agar kedai ni ada jual kerang rebus...

part ni SA citer kat next story...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah