Monday, October 21, 2024

Sarapan Pagi Ini


Assalamualaikum..

Pagi ni seawal 6.30am dah ada kat KL..kami berdua sarapan di tempat biasa...tak tahu mana nak tuju..hari ni suami hantar SA macam biasa sebab SA sakit- sakit badan selepas buat physio Sabtu lepas..hari ni tak bawak bekal untuk lunch..suami x bagi SA melasak sangat..hahaha...dia kata tak payah la bawak bekal kalau tak larat..dia tengok SA tido awal malam tadi macam kepenatan sangat..so dia bagi duit belanja untuk lunch aje...tengok la samada makan kat luar atau tapau aje kang..

Menu macam biasa...ikutkan nak stop makan roti canai ni..tapi takde pilihan kan..awal- awal pagi ni apa je yang ada...orang jual kuih pun x buka lagi time- time ni...




Dia dah elok demam, cuma tinggal batuk je..


Berjangkit plak ke SA..cuma tambah muscle pain aje SA sekarang ni...


Lepas sarapan terus SA ke office...ikutkan masih awal lagi...boleh je kalau nak jenjalan ngan suami tapi SA risau plak kalau jammed...orang nak ke office kan...esok SA akan naik bas rasanya sebab suami nak bawak Pak Zain pi Dusun Pinang Wellness, nak mandi terapi telaga Kinetic dan Ion di Ulu Sepri Rembau. Kita ikhtiar untuk masalah saraf Pak Zain kan...

11 comments:

  1. syukur alhamdulillah SA dikurniakan suami yg sgt caring :) rezeki tu :) muscle pain tu teruk ker SA?

    ReplyDelete
  2. yeayyy dapat duit belanja boleh la akak keluar lunch. roti canai pun best makan sarapan pagi. tambah2 ada kopi tu lagi menyelerakan. semoga sihat2 je kak.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkanNya rawatan buat Pak Zin , aamiin

    ReplyDelete
  4. Sampai office awal boleh relax2 dulu.

    ReplyDelete
  5. sedap je nampak tu..lama rasa x makan roti canai
    semoga urusan rawatan Pak Zain dipermudahkan...aamiin

    ReplyDelete
  6. tulah.. makan roti canai ni tak berapa elok sebenarnya. Nasi lemak more better daripada roti canai. Tapi... masih lagi makan roti canai sebab cepat dan tak berat sangat

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Seronok husband memahami nie... Semoga PZ diberi kan kesembuhan.. Aamin2

    ReplyDelete
  8. Sesekali makan di luar kak SA ☺️. Semoga saja ikhtiar pak Zain bisa membawa hasil yaa. Supaya tak sakit lagi masalah saraf di kaki 🤗

    ReplyDelete
  9. Lama pulak tak makan roti canai. Moga PZ sihat selalu. Untuk SA dan suami jugak.

    ReplyDelete
  10. Roti canai memang menjadi pilihan selain nasi lemak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......