Tuesday, October 22, 2024

Review Drama Tamil KOTEE

Assalamualaikum...

Entry ni lama rupanya ada dalam draft, dari August lepas...apesal ntah SA x publish..hahaha...tengok citer ni kat Kollysub Malaysia masa tu..

KOTEE (2024) - Disebut sebagai “KOTI”

Berlatarkan sebuah kota yang dipegang dan dikuasai kumpulan samseng, diketuai oleh Dinoo Savkaar. Hiduplah sebuah keluarga kecil dari kasta rendah di kota itu. Mereka ialah Kotee (Dhananjaya), seorang pemuda jujur yang menjalani kehidupan biasanya bersama ibunya, adik perempuan dan adik lelaki.


Sebagai ketua keluarga, Kotee menyandang tanggungjawab besar dengan melakukan pelbagai pekerjaan siang dan malam demi menyara keluarganya. Selain membawa teksi, Kotee juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menyewa sebuah lori dari ketua samseng Dinoo Saavkar.

Kebetulan satu hari, ketua samseng mencari seseorang untuk menjalankan tugas rahsia. Kotee telah dipanggil kerana dia mempunyai kemahiran menembak yang mengagumkan! Ganjaran besar juga diberikan untuk menjalankan tugasan tersebut.

Adakah Kotee akan menerima tugasan itu? Apakah tugasan itu sebenarnya sehingga memerlukan Kotee seorang sahaja yang mampu melakukannya? Dan jika Kotee menolak pula, apakah akibat yang harus diterimanya?

Haa, nak tahu bagaimana kisah selanjutnya? Korang boleh cari dan tonton ya!

Filem berdurasi hampir 3 jam ini penuh drama emosi seperti rollercoaster. Jalan ceritanya ringkas dan agak slow-paced tetapi mempunyai intipati cerita yang penuh impak.

Yang menariknya lagi, sepanjang filem ini penonton akan dapat mendalami setiap watak utamanya. Ini membolehkan penonton berhubung dengan pelbagai personaliti dan perspektif yang lebih luas, menjadikan cerita begitu menarik untuk ditonton hingga akhirnya.

Tetapi babak-babak yang lebih intense akan korang dapat saksikan dalam 40-45 minit terakhir ya!

Filem ini membawa genre drama thriller aksi dalam bahasa Kannada, dan korang boleh tonton di Kollysub Malaysia.

SA bagi 8/10 rating peribadi

Oh ya!! KOTEE ini disebut sebagai “KOTI” tau!! KOTI!


2 comments:

  1. Belum lagi menontonnya tapi memang tengok la citer Bollywood dan Tamil ni. Best juga.

    ReplyDelete
  2. jangan salah sebut ya... hahaha....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah