Friday, October 4, 2024

Resepi Kari Sardin

Assalamualaikum...

Bila weekend mesti kita mak- mak pening nak fikir nak masak apa...itu SA la tu...pening oiii....even dalam fridge tu penuh bahan masak..tetap x tau nak masak apa..tetap xde ide...jalan- jalan kat FB semalam terjumpa resepi ni dan SA decided nak buat la..nak plak suami dan Dania pun suka makan sardin kan..kita lari sikit dari kebiasaan apa kata kita masak Kari Sardin..semestinya sardin Ayam Brand la..sardin lain x sedap di tekak SA...kalau takde sardin Ayam Brand boleh guna sardin Botan sebab mirip rasa dan sedapnya dengan Ayam Brand. Tapi mesti ikan sardin tau..bukan ikan mackerel tu...

Jom tengok resepi..



Gambar kredit kepada yang empunya resepi


RESEPI  KARI SARDIN

Bahan-bahan:

- 1 tin sardin cap Ayam Brand / Botan

- 2 biji bawang besar (Hiris)

- 2 ulas bawang putih (Hiris)

- 2 sudu besar cili boh

- 2 sudu besar rempah kari Ikan (Saya guna Adabi)

- Garam

- 1 sudu kecil halba campur

- Air asam jawa

- Nisan kerek/gula melaka

- Kentang (Hiris nipis)

- 1 tangkai daun kari

- Kacang bendi

- Cili besar


Cara-cara:

1) Goreng kentang separuh masak. Ketepikan.

2) Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari, dan halba campur hingga wangi.

3) Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga masak.

4) Kemudian masukkan rempah kari dan air asam jawa. Kalau suka berkuah, masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.

5) Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin beserta sosnya. Kacau-kacau kejap.

6) Perasakan dengan garam dan nisan kerek/gula melaka.

7) Masukkan kacang bendi dan cili besar dan perlahankan api dapur. Reneh kejap hingga terbit minyak.

8) Akhir sekali, masukkan kentang yang telah digoreng tadi, kacau kejap dah boleh tutup api dapur.

9) Sedia dihidang.


Duo mantap dia semestinya telur dadar. Tak dinafikan lagi!


Sumber : FB Siti nor hidayah

Selamat mencuba semua 😋

SA nak cuba esok la....


12 comments:

  1. dapnya kari sardin.. ayu pun mesti ayam brand ..x leh la brand lain

    ReplyDelete
  2. Sy suka kari sardin..Kentang tu sy pilih utk masak tanpa buang kulit. Tapi bersihkn betul2 sblm terjunkan ke dlm kari =D

    ReplyDelete
  3. Sama.. Ayam brand @ botan... Tapi, kat rumah nie deme tak makan sadin.. Selek... Hahaha..
    Sardin hanya untuk buat inti sandwich

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka Ayam Brand, yang sardin bukan mackerel. Kalau dah lauk sardin, sudah tentu nak ganding dengan telur dadar.

    ReplyDelete
  5. sedap kari sardin, pekat je kuahnya, kak ana kalau masak masuk sos sekali tapi dah tak payah buh asam keping dah dalam kari nanti .

    ReplyDelete
  6. Kita suka sardines tp ahli rumah yg lain kurang gemar... Sesekali je la layan tekak sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Sayapun selalu beli ayam brand kalo utk sardin, tuna atau makanan kaleng lain. Memang sedap. Walo lebih mahal. Yg penting rasa.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaa kari sardin kalau dpt cicah dgn roti ni lg👍👍👍👍

    ReplyDelete
  9. Dari kecik dah terbiasa makan kari sardin. dulu sardin murah, skrg dah harga kayangan. mama dulu suka campur terung panjang tu, kadang-kadang letak juga potongan mangga sekali dgn kulit, letak belimbing buluh. so bila dah letak yang masam dah tak perlu letak air asam jawa bebanyak dah

    ReplyDelete
  10. Sardin ni kalau masak, yg biasa tu je. Kena cuba masak kari pulak lepas ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah