Monday, October 14, 2024

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Permulaan Isnin SA hidangkan korang dengan resepi donut gebu...resepi je pun..SA baru nak belajar buat sebab suami suka makan donut. Selalu adik SA je yang buat selama ni..kadang- kadang dia xde masa dan ada hal sendiri kan..tu yang kena la SA buat sendiri...kena belajar..sampai bila nak harap orang buat kan...selalunya donut macam ni kejap aje licinnya bila di hidang panas- panas...kalau dah sejuk tak laku kalau kat rumah SA...

SA tengah cuba kuatkan semangat nak belajar ni...bahan pun tak susah dan cara pun macam senang...cuma seram bab jadi doh tu...risau tak menjadi..hahaha...


gambar kredit kepada empunya resepi


RESEPI DONUT GEBU

Bahan A

4 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

2 sudu besar susu manis

Secubit garam

1 sudu besar baking powder


Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti


Bahan B

1 1/2 cawan air suam

1 pack yis mauripan

(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)


Cara-cara

Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).

Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng


Selamat mencuba

SUMBER: SITI HASMAH RAHMAN


8 comments:

  1. Saya nih suka donat, tp hanya yg pakai saluran gula halus. Kalo pakai macam2 topping tak suka 😄.

    Gemuk2 sangat donat nih kak. Memang nampak lembut lah 😄. Mama pernah buat donat dari kentang, dan itu juga gebu sangat.

    ReplyDelete
  2. Senang je resipi ni sebab guna sukatan cawan. Ala, kat rumah takde baking powder pulak kalau tak nak buat utk minum petang nanti.

    ReplyDelete
  3. cantik kejadian tu... lama x buat donut

    ReplyDelete
  4. Gebu-gebu ni menggoda betullah.
    Suka donut plain begini.

    ReplyDelete
  5. Gebu sungguh donutnya. Sesuai nama tu.

    ReplyDelete
  6. Gebu betul donut tu, boleh try resepi ni. Thanks for sharing SA.

    ReplyDelete
  7. sama pulak seram kita tu kak...ammi seram bila bab-bab guna yis ni. seram dia bantat je

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah