Monday, October 21, 2024

Resepi Daging Goreng Thai..

Assalamualaikum..

Dah hampir sebulan SA x sentuh daging. Ni semua gara- gara 9 November nanti SA ada medical follow up dengan doktor SA di KPJ..tak makan daging tapi SA kerap plak makan telur..hahaha...sama je kan..so start minggu ni SA nak stop pengambilan telur..ikan bilis dan seafood. seafood macam udang dan sotong tu last SA makan awal bulan hari tu..ke hujung bulan rasanya...lepas tu banyak makan ikan dan daging ayam je...

Tadi tengah scroll FB ternampak resepi ni terus SA copy je..nampak senang dan nampak menarik sangat..so SA share kat sini untuk korang jugak..jom sama- sama buat nanti ye...



photo credit kepada yang empunya resepi

 

RESEPI DAGING GORENG THAI

BAHAN-BAHAN :

  • 800g daging.
  • 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
  • 1 sudu besaf lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Butter/majerin untuk menumis

BAHAN SOS :

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung atau somtam jika tiada pakai 2 sudu gula putih
  • 2 sudu beras digoreng/disangai (dikisar halus)
  • 2 sudu air limau nipis
  • 3 sudu air asam jawa
  • Kicap sotong/sos ikan
  • 3 ulas bawang kecik merah (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang

CARA MEMASAK :

1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter & bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih.

3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebati.

4. Bila air mula kering, kacau hingga sebati.

5. Kecikkan api & masukkan bahan sos ke dalam daging & kacau rata.

6. Siap !


Kredit : Explorasa

11 comments:

  1. Sedap betul..lagi2 kalau tinggal ngap je

    ReplyDelete
  2. Ah sudah.. silap buka blog ni pukul 10.30 mlam.. habis perut berbunyi hahahah :D

    ReplyDelete
  3. Tentu sedap lagi2 kalau guna daging fresh tempatan

    ReplyDelete
  4. Susah juga kalo hanya ayam dan ikan yaa 😅. Jujur saya pun cepat bosan kalo hanya 2 itu. Tp Krn saya suka juga dengan tahu dan tempe, sesekali gantilah selera kesana . Protein nabati 😁.

    ReplyDelete
  5. 2-3 hari ni mmg berhajat nak beli daging... Boleh la try nanti

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ni kak SA ni boleh try bila ada beli daging nanti. jarang beli daging kat rumah.

    ReplyDelete
  7. Tengok gambar daging tu aiihhh geram nya.

    ReplyDelete
  8. Daging, masak apa pun ai suka, resepi ni boleh cuba nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......